Keputusan SPM atau STPM anda sudah keluar? Sekarang adalah masa untuk memilih universiti yang tepat untuk diri anda. Apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sesebuah universiti yang baik? Tentunya anda akan memilih universiti yang meyakinkan dan bertaraf dunia, menawarkan program-program yang berkualiti tinggi dan sistem pengajaran dan pembelajaran yang dinamik serta mempunyai kemudahan yang selesa dan yang paling penting sekali ialah mempunyai prospek kerjaya yang luas.
UPM menawarkan semua ciri yang diidamkan oleh setiap mahasiswa. Setelah hampir 76 tahun penubuhan UPM, sudah tentunya UPM telah menempatkan namanya setaraf dengan universiti-universiti terbaik lain samada di Malaysia sendiri mahupun di luar negara. Program-program yang ditawarkan juga lebih merujuk kepada permintaan pasaran dan industri yang terkini. Pelbagai bidang dan disiplin yang ditawarkan dalam ekonomi & pengurusan, kejuruteraan, pertanian, teknologi & maklumat, sains, bahasa dan sebagainya telah digubal sebaik mungkin agar kursus-kursus yang ditawarkan mampu bergerak seiring dengan peredaran zaman.
Program Ditawarkan
UPM menawarkan pengajian di peringkat diploma, ijazah dan ijazah lanjutan pelbagai bidang. Program-program yang ditawarkan di peringkat diploma dan ijazah mengikut Fakulti adalah seperti berikut:
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my Hak Cipta Terpelihara UPM 2007 Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768