Pascasiswazah

UPM menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi cemerlang di peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan etika, kerana golongan ini akan menjadi duta untuk meningkatkan imej dan reputasi UPM di persada dunia. Pada masa ini, UPM mempunyai peratusan staf akademik yang mempunyai kelulusan PhD tertinggi berbanding universiti awam lain di Malaysia. Kami juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dari lebih daripada 60 buah negara supaya mereka dapat mengalami pengalaman yang berharga ini. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah (bukan dalam bidang pengurusan), anda perlu mendaftar melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) dalam mod sepenuh masa atau separuh masa. Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan pengajian pasca siswazah melalui pengajian jarak jauh, anda perlu mendaftar melalui UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) untuk beberapa program terpilih.
 

UPM juga menawarkan 296 bidang pengajian untuk program melalui penyelidikan yang merangkumi:

  • Master of Veterinary Science (M.V.Sc.)
  • Master of Science (M.S.)
  • Master of Arts (M.A.)
  • Doctor of Philosophy (Ph.D.)
  • Doctor of Engineering (DEng)

Senarai Kursus:

Kursus
A – E
F – K
L – O
P – Z