Penyelidikan

Konsep penyelidikan boleh didefinisikan secara jelas bersama elemen penyelidikan yang terkandung di dalamnya. Penyelidikan, dalam pengertian paling asas ialah penerokaan yang cukup mendalam tentang satu subjek untuk mengetahui intipatinya atau sesuatu aspek yang tidak pernah dilihat mahupun disaksikan sebelum ini. Oleh itu, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai sistem saraf pusat untuk proses perolehan pengetahuan. Bagi  universiti, yang pengetahuan adalah sebab utama kewujudannya, kajian dan penyelidikan merupakan wadah paling penting, serta mampu memberikan pengalaman pembelajaran paling berharga.

Pengurusan Penyelidikan

 

Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka, komitmen UPM terhadap penyelidikan disokong oleh perkhidmatan yang ditawarkan kepada para penyelidik. Ia bermula dari dana hinggalah ke skim latihan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam setiap aspek prasarana penyelidikan. Semua perkhidmatan penyelidikan UPM ini bertujuan memaksimumkan potensi para penyelidik untuk membangunkan pengetahuan dan kepakaran mereka demi menyumbangkan inovasi ke arah kesejahteraan masyarakat UPM, bangsa dan dunia.

Pengurusan Inovasi

 

Struktur penyelidikan ialah tunjang dalam usaha merealisasikan wawasan UPM  untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para komuniti penyelidik dan untuk meningkatkan reputasi penyelidikan yang berkualiti. Penyelidikan di UPM seringkali berkaitan dengan alam semula jadi. Oleh itu, seluruh entiti penyelidikan  saling menyokong antara satu sama lain demi memperoleh impak yang tinggi dalam hasil penyelidikan.

Aplikasi Atas Talian

 

Pelbagai kemudahan sistem dalam talian telah dibangunkan untuk membantu para penyelidik menguruskan setiap aktiviti penyelidikan. Manfaat ini juga memberikan nilai tambah kepada hasil penyelidikan mereka.

Hubungi Kami

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel: +603-9769 1002/1293
Emel: tncpi@upm.edu.my