Kesenian & Kebudayaan


Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian di UPM. Pelajar-pelajar dari pelbagai negara dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kebudayaan kebudayaan dari negara lain dan ini dapat memupuk sikap persefahaman dan toleransi yang tinggi kepada para pelajar.

Aktiviti kesenian dan kebudayaan ini dikelolai oleh Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), iaitu sebuah entiti yang bertanggungjawab dalam merancang aktiviti kebudayaan dan kesenian di UPM. PKKSSAAS telah  mempunyai tujuh (7) Kelab Kebudayaan dan Kesenian yang bergiat aktif namum untuk penambahbaikan PKKSSAAS telah menubuhkan 13 (tiga belas) kelab kebudayaan dan kesenian yang baharu dan kelab-kelab ini dalam proses mencari keahlian.

Antara fungsi penubuhan kelab-kelab kebudayaan dan kesenian ini adalah sebagai medan manifestasi seni bagi warga kampus menonjolkan bakat disamping membantu mengembangkan seni budaya dan warisan, merakyatkan seni budaya dan warisan dan membantu melahirkan warga kampus yang berkebolehan, berdaya saing dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya warisan.

Di bawah adalah senarai kelab-kelab kebudayaan dan kesenian yang bernaung di bawah pengurusan PKKSSAAS:

  •   5 Harmoni Uniputra
  •   Pelayang Uniputra
  •   Puisi Tradisional
  •   Kencana Tari Uniputra
  •   Hadrah Uniputra
  •   Ghazal Uniputra
  •   Kompang Uniputra
  •   Koir Uniputra
  •   Marhaban Uniputra
  •   Tetuang Uniputra
  •   Seni Batik Uniputra
  •   Seni Audio Visual Uniputra
  •   Nasyid Putra
 


Kesenian dan Kebudayaan Antarabangsa

Kepelbagaian budaya yang datang dari pelbagai Negara mewarnakan lagi kesenian dan kebudayaan di UPM. Para pelajar antarabangsa turut tidak ketinggalan mempamerkan kesenian dan kebudayaan Negara masing-masing seperti memakai pakaian tradisional ketika majlis rasmi UPM, melibatkan diri dalam Malam Kebudayaan yang dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa dan sebagainya serta menyambut perayaan atau sambutan hari keraian mengikut Negara mereka sendiri.