Well-being

 

SEKIRANYA ANDA MENGALAMI KEADAAN KECEMASAN DI DALAM KAWASAN UPM, SILA HUBUNGI TALIAN KECEMASAN 24 JAM KAMI DI: 03-9769 7332 / 7334

 

Kesihatan

 

Dengan visi untuk menjadi pusat kesihatan universiti yang menyediakan perkhidmatan Perubatan dan Pergigian dalam bidang "Primary Care" yang setaraf dengan negara maju, Pusat Kesihatan Universiti UPM sentiasa komited dalam memastikan kesihatan warga UPM sentiasa berada di tahap terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://pku.upm.edu.my atau hubungi Kaunter Perkhidmatan Pesakit Luar 03-97697304 atau Kaunter Pendaftaran Perkhidmatan Pesakit Luar 03-97697342.

Tenaga kerja pekerja kesihatan kami komited di dalam memberikan jaminan kualiti perkhidmatan yang tinggi. Pesakit akan diberikan tahap keutamaan berdasarkan keadaan perubatan. Contoh-contoh kes kecemasan perubatan yang kami uruskan di pusat kami:

  • Kemalangan Kenderaan Bermotor
  • Kecederaan Sukan
  • Kesukaran Bernafas
  • Sakit Dada
  • Keracunan
  • Pengsan
  • Pengambilan Dadah Berlebihan
  • Sakit Perut Teruk
  • Kejang
  • Reaksi Alergi
  • Gigitan Ular
  • Luka Bakar / Terbakar
  • Tercekik
  • *Demam Tinggi melebihi 39.4℃

*Rujukan Demam Tinggi: http://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/

 

Kaunseling

 

Bahagian Kaunseling UPM terdiri daripada empat Seksyen yang memainkan fungsi dan peranan penting masing-masing dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga Universiti Putra Malaysia (terbuka buat pekerja dan pelajar). Empat seksyen tersebut adalah Seksyen Kaunseling Pelajar, Seksyen Kaunseling Pekerja, Seksyen Kaunseling Kerjaya dan Seksyen Pentadbiran dan Kewangan. Setiap seksyen mempunyai matlamat khusus bagi membantu warga UPM dalam mencapai kesejahteraan holistik.

Maklumat berkaitan Bahagian Kaunseling UPM di bawah adalah seperti berikut:-

Lokasi : Bahagian Kaunseling UPM, Universiti Putra Malaysia
Koordinat : 3.001981, 101.71287

Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
No.Telefon: 03-9769 2082 (pejabat am)

WhatsApp: 010-871 2690 (pertanyaan dan makluman berkaitan perkhidmatan Bahagian Kaunseling UPM)
Laman Web Rasmi: www.bkupm.upm.edu.my
Facebook: Bahagian Kaunseling UPM / https://www.facebook.com/bkupm

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia dialu-alukan ke Bahagian Kaunseling UPM.