Sukan & Rekreasi

Universiti ini dilengkapi dengan kemudahan sukan yang luas yang menyediakan kemudahan moden untuk manfaat pelajar-pelajarnya. Kemudahan ini termasuk gimnasium yang lengkap, dewan sukan, kolam renang, padang bola sepak dengan sistem saliran bawah tanah, padang astroturf untuk hoki, gelanggang tenis, dan stadium sukan. UPM mempunyai beberapa padang rumput terbaik di negara ini, termasuk padang golf profesional 18 lubang. UPM menyediakan pelbagai kemudahan sukan berkualiti untuk kakitangan dan pelajar universiti pada peringkat universiti dan kebangsaan. UPM mempunyai kolam renang bersaiz Olimpik yang terletak di Kompleks Renang dan gelanggang tenis standard antarabangsa di Kompleks Tenis.

Trek jogging sepanjang 7 kilometer di sisi taman merupakan satu tarikan yang amat mengujakan bagi mereka yang ingin menerapkan gaya hidup sihat. UPM turut mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang membantu kita melepaskan diri daripada tekanan dan tuntutan kerja dan pengajian. Bukit Expo adalah salah satu lokasi terbaik di kalangan tempat-tempat tersebut. Tempat ini menawarkan kemudahan riadah dan rekreasi yang membolehkan pelajar menjalankan pelbagai aktiviti seperti memancing, berperahu, sukan, perkhemahan, pesta, dan karnival. Terdapat juga aktiviti menunggang kuda yang menarik di trek yang selesa tetapi mencabar di Taman Ekuin.

Sila klik untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut: