ICT

 

UPM ialah sebuah Universiti yang proaktif dalam menjangka kesan transformasi ICT ke atas pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran, kerjasama dan pembangunan komuniti. ICT yang diterajui oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan ICT untuk kegunaan warga UPM.

 

Capaian Internet

 

UPM merupakan salah satu Universiti Awam (UA) yang dikategorikan dalam Universiti Penyelidikan di Malaysia. Selaras dengan status ini, perkhidmatan capaian Internet UPM perlu disediakan ditahap terbaik dan stabil. Jumlah kapasiti Jalur Lebar Internet di UPM adalah 10Gbps yang dilanggan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) tempatan bagi menampung penggunaan purata 10,000 peralatan rangkaian (komputer, smart phone dan lain-lain) pada satu-satu masa. Terdapat dua kaedah capaian Internet di UPM iaitu wired dan wireless.

 

Berwayar
Sistem rangkaian yang berasaskan teknologi Gigabit Ethernet dengan kelajuan dari 100Mbps dan 1000Mbps/1Gbps.

Sistem rangkaian UPM yang lebih dikenali dengan UPMNet ini melibatkan rangkaian utama kampus yang menghubungkan lebih dari 20,000  nod rangkaian di kampus Serdang dan Bintulu dengan konsep 3 layer switching (Core, Distributed dan Access). Insfrastruktur rangkaian wired ini menggunapakai teknologi Ethernet dan Gigabit Ethernet yang memberi kelajuan dari 100Mbps dan 1000Mbps/1Gbps kepada pengguna. Sambungan antara switch ini menggunakan UTP Cat5/6 dan fiber optic di seluruh kampus Serdang dan Bintulu.

 

Tanpa Wayar
Rangkaian capaian secara wireless di kampus UPM menggunakan teknologi WiFi5/6The wireless access network on the UPM campus uses WiFi5/6 technology.

UPM menyediakan kemudahan capaian Internet secara wireless  di kawasan fakulti dan Kolej Kediaman Pelajar secara percuma kepada staf dan pelajar. Kemudahan wireless ini meliputi kawasan kolej dikenali dengan nama perkhidmatan PutraHotspot dan di fakulti serta kawasan tumpuan pelajar di sekitar kampus dengan nama perkhidmatan PutraNet. Perkhidmatan WiFi meliputi kira-kira 75% liputan di seluruh kolej kediaman dan 60% di kawasan akademik. WiFi yang ditawarkan menggunakan teknologi WiFi5/6 dengan frekuansi 2.4Ghz dan 5.0Ghz beserta sistem pengesahan identiti mengunapakai UPM-ID.UPM provides wireless Internet access facilities in the faculty area and Student Residence College for free to staff and students. This wireless facility covers the college area known as the service name PutraHotspot and in the faculty and student focus areas around the campus as the service name PutraNet. WiFi services cover approximately 80% coverage throughout the campus. The WiFi offered uses WiFi5/6 technology with 2.4Ghz and 5.0Ghz frequencies and an identity verification system using UPM-ID.

 

Bilik Latihan Komputer

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) merupakan pelaksana latihan ICT yang dilantik oleh Pejabat Pendaftar UPM. iDEC berperanan mengendali latihan ICT dan menyediakan kemudahan asas iaitu makmal latihan berkomputer bagi memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran staf UPM.

Terdapat dua (2) bilik latihan komputer iaitu Bilik Latihan Exa dan Bilik Latihan Zetta yang terletak di iDEC Alpha. Bilik Latihan Exa mempunyai 15 unit komputer dan Zetta mempunyai 30 unit komputer VDI. Semua makmal latihan ini dilengkapi dengan komputer riba untuk pengajar, projektor LCD, pencetak, skrin, sistem PA dan kemudahan capaian internet manakala perisian asas yang disediakan adalah Microsoft Office, SPSS, SAS dan beberapa perisian multimedia. Bilik latihan di atas tidak dikenakan bayaran jika ianya digunakan bagi tujuan latihan rasmi universiti yang melibatkan staf UPM.

Untuk tempahan bilik latihan:

  1. Staf UPM: Sila layari Putra®Asis.
  2. Agensi Luar : Klik di sini!
 

Sistem Rangkaian Telekomunikasi

 

Sistem Rangkaian Telekomunikasi UPM yang dikenali sebagai PutraComm menguna pakai teknologi Voice Over Internet Protocol (VoIP) sepenuhnya dengan sokongan infrastruktur UPMNet sedia ada. Sistem  VoIP menggabungkan dan memudahkan penggunaan perkakasan teknologi komunikasi terkini iaitu real-time communication seperti telephony, video conferencing, instant messaging dengan aplikasi komunikasi non-real-time seperti e-mail, voice-mail, SMS, Fax-to-Email dan mampu melaksanakan pelbagai aplikasi dalam talian (online) telefon VoIP (e.g: melalui teknologi Extensible Markup Language (XML)).

Sistem telefon VoIP menggunasama dan memaksimakan penggunaan Infrastruktur Rangkaian UPMNet (kabel optik, wifi dan network-switch) yang sedia ada di seluruh kampus UPM. Selain itu, sistem aplikasi PutraComm yang berasaskan Android dan Apple (iOS) turut diperkenalkan yang memberikan kemudahan kepada pengguna telefon pintar. Aplikasi ini memberikan impak yang besar kerana kelebihan mobiliti dan mudah digunakan serta menjimatkan kos.

Maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Unified Communication
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

 

Perkhidmatan Persidangan Video

 

Persidangan video merupakan satu bentuk transmisi dua hala mengandungi suara, video dan data antara dua lokasi yang berbeza seolah-olah pengguna berkomunikasi di satu tempat yang sama. Aktiviti penghantaran audio dan visual juga dapat dilaksanakan dengan fungsi tambahan seperti perkongsian dokumen, paparan komputer dan skrin maya. Perkhidmatan persidangan video yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kaedah, iaitu perkhidmatan persidangan video menggunakan perkakasan dan persidangan video menggunakan perisian.

    1. Persidangan video menggunakan perkakasan
      Penggunaan peralatan persidangan video (terminal H.323) seperti Aethra, LifeSize , Radvision dan Yealink. Alatan ini boleh digunakan untuk berkomunikasi secara sidang video antara UPM Kampus Serdang dengan agensi-agensi luar yang menggunakan standard protokol H.323.
    2. Persidangan video menggunakan perisian
      Perkhidmatan bilik persidangan video yang dilengkapi kamera dan mikrofon untuk digunakan bersama perisian sidang video yang ditentukan oleh pengguna seperti yang dipersetujui dalam permohonan yang dihantar.  Perisian sidang video yang sering digunakan pengguna adalah seperti Google Meet , Microsoft Teams, Webex dan Zoom. Bagi perisian yang memerlukan lesen, pengguna perlu melanggan sendiri lesen tersebut.

Maklumat lanjut sila hubungi:
Seksyen Persidangan Video
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi