Anugerah dan Pencapaian 2014



ANUGERAH LUAR NEGARA

 

1.       

BEST GLOBAL UNIVERSITIES RANKINGS

 

UPM  disenaraikan kedudukan ke-54 terbaik dunia dalam bidang Sains Pertanian melalui penarafan "Best Global Universities Rankings" oleh "US News and World Report". Penarafan itu memfokuskan penyelidikan keseluruhan institusi,reputasi global dan serantau, prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan Ph.D.

 

2.       

UI-GREEN METRIC WORLD UNIVERSITY RANKING

UPM berjaya meningkatkan penarafan UI-Green Metric World University Ranking 2013 ke tempat 16 berbanding tempat ke-19 pada tahun sebelumnya. UPM muncul universiti ranking tertinggi dari Asia.

 

3.       

IPT PERTAMA ASIA PEROLEH AKREDITASI DARIPADA TEAC

UPM menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Asia yang menerima akreditasi untuk program pendidikan guru daripada badan antarabangsa, The Teacher Education Accreditation Council (TEAC) yang berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat.  Ini meletakkan program pendidikan guru di UPM setanding dengan program pendidikan guru beberapa buah universiti terkemuka Amerika Syarikat yang mendapat akreditasi TEAC seperti University of Virginia, University of Nebraska, University of Michigan, Temple University dan  Rutgers University.

 

4.       

WEBOMETRICS RANKING OF WORLD UNIVERSITIES

UPM meraih kedudukan ke-61 dunia untuk penunjuk presence dalam Ranking Web of Universities iaitu ranking laman web institusi pengajian tinggi dalam kalangan lebih 20,000 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh dunia. Penilaian Julai 2014 mencatatkan penunjuk openness UPM ke-136 terbaik dunia, berbanding penilaian Januari 2013 iaitu ke-193 (presence) dan 216 (openness) dunia.

 

5.       

BRICS & EMERGING ECONOMICS RANKING, THE

 

UPM berada dalam kedudukan 100 universiti terbaik dalam "Brics & Emerging Economics Ranking" apabila berada pada kedudukan ke-95 bagi tahun 2014. Brics & Emerging Economics Ranking adalah salah satu kategori penarafan yang dianjurkan oleh Times Higher Education (THE) dalam kalangan institusi di negara yang diklasifikasikan sebagai “emerging economies” yang meliputi 22 buah negara, iaitu Brazil, the Czech Republic, Hungary, Malaysia, Mexico, Poland, South Africa, Taiwan, Thailand, Turkey, Chile, China, Colombia, Egypt, India, Indonesia, Morocco, Pakistan, Peru, the Philippines, Russia and UAE.

 

6.       

200 IPT TERBAIK DUNIA DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKING BY SUBJECT

 

UPM berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam QS World University Ranking by Subjects apabila bidang Pertanian, Perhutanan dan Pendidikan berada pada kedudukan 100 universiti terbaik dunia untuk dua tahun berturut-turut. Manakala bidang Ekonomi & Ekonometrik, Sains Alam Sekitar, Kejuruteraan Awam dan Struktur, Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautikal & Pembuatan berada pada kedudukan 150 terbaik dunia. Selain itu, bidang Pharmacology, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Sains Komputer dan Maklumat, Komunikasi dan Pengajian Media, berada pada kedudukan 200 terbaik dunia.

 

7.       

20 WANITA PALING BERPENGARUH DALAM BIDANG SAINS DI DUNIA ISLAM

 

Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff dinobatkan sebagai antara 20 wanita Islam paling berpengaruh dalam bidang sains di dunia Islam oleh Muslim-Science.Com, portal dalam talian yang memberi tumpuan terhadap usaha menyemarakkan kembali kemajuan dan budaya sains di dunia Islam.

 

8.       

ANUGERAH ISESCO BAGI SAINS DAN TEKNOLOGI

 

Pensyarah Fakulti Sains, Prof. Dr. Mahiran Basri  memenangi anugerah "Islamic Educational Scientific and Cultural  Organization (ISESCO) for Science and Technology (S&T) 2014" di Morocco. Pengiktirafan itu berdasarkan penyelidikan yang aktif dan cemerlang dalam bidang kimia termasuk penyelidikan minyak kelapa sawit yang menyumbang kepada industri farmasi dan kosmetik.

 

9.       

JUARA FESTIVAL FOTO ASEAN 2013

Filem dokumentari 'Jungle Beat' terbitan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapat tempat pertama kategori video dan dokumentari pada Festival Foto dan Dokumentari Filem ASEAN 2013.

 

10.   

NAIB CANSELOR DILANTIK PRESIDEN ASAIHL

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dilantik sebagai Presiden Lembaga Pemegang Amanah The Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) yang baharu bermula dari Januari 2015 hingga Disember 2016 menggantikan Prof. Dr. Idrus A. Paturusi dari Indonesia. Pelantikan ini dibuat semasa persidangan pertubuhan itu di Nanyang Technological University, Singapura.

 

11.   

RAIH EMAS DAN "DIAMOND AWARD" di I-IDEA 2014

Dua penyelidik dari Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Mohamad Fazli Sabri dan Nurhayatul Nira Ramli meraih emas dan hadiah utama (Diamond Award) bagi kategori "Profesional Inventor" melalui inovasi "Kit Bijak Wang: Anak Bijak Cerdik Duit" pada International Innovation, Design dan Articulation (i-IdeA 2014).

 

12.   

MENANG EARLY CAREER AWARD 2014, TOKYO

Pensyarah kanan Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM Dr. Thinagaran Perumal memenangi anugerah IEEE CE Early Career Award 2014 di Tokyo, Jepun. Untuk julung kalinya, Malaysia memenangi anugerah itu yang sebelum ini dimenangi oleh Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman.

 

13.   

TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN TEKNOLOGI MAKANAN

ANTARABANGSA

Kumpulan pelajar pasca siswazah dari Institut Biosains dan Fakulti Bioteknologi dan Sains  Biomolekul memenangi tempat kedua persaingan teknologi makanan antarabangsa di New Orleans, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Institute of Food  Technologists Student Association (IFTSA), Amerika Syarikat.

 

14.   

PEROLEH IJAZAH KEDOKTORAN BERKEMBAR PERANCIS-MALAYSIA

Pelajar jurusan kimia, Low Mei Lee memperoleh ijazah doktor falsafah berkembar Perancis-Malaysia, pencapaian yang dianggap jarang diraih.  Beliau adalah penerima kedua dari Malaysia memperoleh ijazah kedoktoran berkembar Perancis-Malaysia sejak "cotutelle" atau ijazah seliaan bersama itu diperkenalkan pada tahun 1999.

 

15.   

PENSYARAH TERIMA PENGIKTIRAFAN NIGERIA

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Dr. Indrakaran T. Karthigesu mendapat anugerah "Merit Award for Excellence" dan "Award for Excellence" daripada kerajaan Nigeria kerana sumbangan beliau dalam sistem pengurusan sisa pepejal di negara itu. Beliau berperanan sebagai penasihat kepada seorang pelajar sarjana dari Nigeria, Muhammed Kamaluddeen Lawan yang membuat kajian pengurusan sisa pepejal untuk membaiki sistem itu di negaranya.

 

ANUGERAH DALAM NEGARA

 

16.   

LAMAN WEB RAIH LIMA BINTANG MGPWA

Laman web/portal UPM mendapat penarafan lima bintang dalam penyediaan laman web dan portal dalam "Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2013" (MGPWA 2013).

 

17.   

UNIVERSITI PERTAMA DI MALAYSIA GUNA PLATFORM DALAM TALIAN

SEBAR ILMU

UPM mencipta sejarah sebagai universiti pertama di negara ini menggunakan platform dalam talian yang dikenali sebagai “Putra Massive Open Online Course" untuk memudahkan staf akademiknya menyebarkan ilmu kepada semua pihak yang berminat.

 

18.   

MENANG 5 PINGAT EMAS DI MTE 2014

UPM memenangi lima pingat emas, 12 perak, 10 gangsa dan satu anugerah khas pada pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2014.

 

19.   

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2013

UPM mengungguli empat daripada lapan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2013. Anugerah Tokoh Akademik Negara diterima Naib Canselor pertama, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Rashdan Baba; Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan) diterima Prof. Dr. Jayakaran Mukundan dari Fakulti Pengajian Pendidikan; anugerah Seni Visual/Seni Bina/Seni Kraf diterima Prof. Dr.Hajah Rahinah Ibrahim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina; dan Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk diterima Prof Dr. Azni Idris dari Fakulti Kejuruteraan.

 

20.   

HADIAH UTAMA PENGURUSAN HARTA INTELEK NEGARA

UPM mengungguli hadiah utama Pengurusan Harta Intelek Terbaik bagi kategori Organisasi yang disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

 

21.   

JUARA OLAHRAGA SUKIPT 2014

Atlet pelajar-pelajar UPM mempertahankan kejuaraan olahraga Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 dengan memperoleh 12 pingat  emas, 8 perak dan 9 gangsa.

 

22.   

ENAM EMAS PADA KARNIVAL E-LEARNING UNIVERSITI PERINGKAT

KEBANGSAAN

 

UPM memperolehi 6 pingat emas dan 16 perak pada Karnival E-Learning Universiti peringkat kebangsaan (NUCEL2014).

 

23.   

TEMPAT KETIGA KONVENSYEN KIK PERPUSTAKAAN SE MALAYSIA

Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM mendapat tempat ketiga (kategori pengurusan) pada Konvensyen KIK Perpustakaan Se Malaysia 2014. Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - SMART ACQLIB Berjaya mewujudkan inovasi  dalam sistem pengurusan kerja bagi tajuk projek "Pemprosesan Buku Baharu Melebihi Tempoh 3 Bulan yang Ditetapkan."

 

24.   

FINALIS PIDATO "INTERNATIONAL TRANS TASMAN 3MT COMPETITION”

Pelajar Ph.D (Sains Produk Halal), Institut Penyelidikan Halal UPM, Siti Aimi Sarah berjaya menjadi finalis dalam kelompok 10 speaker  terbaik peringkat akhir "International Trans Tasman 3MT Competition". Pidato tiga minit bertajuk "Meat CSI: Detecting Culprit Species in Meat Products" adalah mengenai biomarker (protein penanda) untuk spesies haiwan khusus bagi mengesan pencemaran daging lain dalam produk daging halal.

 

25.   

MENANG ANUGERAH MALAYSIA TORAY SCIENCE AWARD

Pensyarah Fakulti Pertanian Prof. Dr. Shamshuddin Jusop memenangi anugerah Malaysia Toray Science Award (MTSF)  atas sumbangan dalam bidang sains dan teknologi, melalui inovasi teknologinya yang boleh meningkatkan kualiti pengeluaran padi di Malaysia.   Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Elaine Chin Jinfeng meraih anugerah itu melalui projek bertajuk "Identification and Bioactive Potential of Endophytes Isolated from Strobilanthes Cripus, a Local Medical Plant in Malaysia."

 

26.   

PINGAT PERAK DI PAMERAN BIO MALAYSIA

Penyelidik UPM memenangi pingat perak dalam Pameran Bio Malaysia 2013 dengan inovasi  pokok tuba atau 'derris elliptica' sebagai racun perosak yang selamat, berkesan dan mesra alam menggunakan ekstrak bahan aktif dalam bentuk formulasi elmusi nano.

 

27.   

ANUGERAH EMERALD

Penyelidikan mengenai imej korporat yang dihasilkan dua pensyarah UPM bersama seorang penyelidik daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) terpilih untuk anugerah ‘2014 Highly Commended Paper’ oleh Emerald Group Publishing.

 

28.   

ANUGERAH "TOP RESEARCH SCIENTISTS MALAYSIA & FELLOWS 2014"

Tiga pensyarah menerima "Top Research Scientists Malaysia (TRSM) & Fellows 2014" iaitu Prof. Dr. Jinap Selamat dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (TRSM & Fellows 2014); Prof. Ir Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Kejuruteraan (TRSM 2014); dan Prof. Dr. Abdul Rahim Omar, Pengarah Institut Biosains (TRSM 2014).

 

29.   

EMAS EKSPO INOVASI MALAYSIA

Kaedah penanaman padi  secara Sistem Intensifikasi Padi yang dibangunkan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Dr. Aimrun Wayayok memenangi pingat emas Ekspo Inovasi Malaysia (MIEx-po) 2013 dan gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE 2014).

 

30.   

ANUGERAH KARYA ILMIAH 2014

Pensyarah Fakulti Sains, Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail memenangi Anugerah Karya Ilmiah 2014 (kategori sains dan teknologi) atas penerbitan buku Mantik dan Etnomantik yang dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Profesor Negara (MPN) 2014 sebagai buku terbaik. Anugerah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

31.   

ANUGERAH MERDEKA 2014

Pensyarah Kanan Fakulti Sains, Dr. Lim Hong Ngee menerima geran Anugerah Merdeka 2014 bagi menjalankan kajian kit pengesanan kanser payudara daripada ujian darah menggunakan teknologi nano.

 

32.   

EMAS ANUGERAH MUZIK GLOKAL (GMA)

Maestro biola dan ketua Jabatan Muzik Universiti UPM, Dr Joanne Yeoh, memenangi Pingat Emas Anugerah Muzik Global (GMA) melalui album berjudul "After A Dream."

 

33.   

ANUGERAH IKON VARSITI BERITA HARIAN

Dua pelajar  Anwarrul Aswad Ahmad yang juga atlet negara dalam sukan ragbi dan Chia Wen Shin - menerima anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013. Anwarrul Aswad pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi memenangi kategori  individu (sukan), sementara Wen Shin, pelajar Fakulti Pengajian Alam Sekitar memenangi kategori (Pengantarabangsaan).

 

34.   

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA

Jufitri Joha, pelajar tahun pertama jurusan Doktor Falsafah Pengajian Belia di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) menerima Anugerah Perdana Belia Negara 2014 bagi Kategori Lelaki pada Majlis Konvensyen Belia Kebangsaan.

 

35.   

JUARA MISTER PLANET

Pelajar  Sarjana Perubatan Nuklear (Pengimejan Molekul) UPM, Nazmi Nordin menjuarai Mister Planet Malaysia serta dilantik sebagai duta untuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menjadi ikon belia dalam isu alam sekitar.

 

36.   

ANUGERAH PELAJAR PERAKAUNAN TERBAIK MICPA

Pelajar jurusan perakaunan Shazrin Eqwal Sulaiman memenangi Anugerah Cemerlang Pelajar Perakaunan Terbaik 2013 oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

37.   

ANUGERAH NIPPON PAINT YOUNG DESIGNER AWARD

UPM memenangi lima anugerah pada Nippon Paint Young Designer Award (NYPDA) 2014. Tiga daripada anugerah tersebut, antaranya Gold Award for Architecture digondol oleh pelajar Jurusan Seni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

 

38.   

JUARA PERTANDINGAN PRODUK BAHARU

Kumpulan pelajar tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) muncul juara pertandingan Hari Pengenalan Produk Baharu melalui dengan produk Palmix iaitu lemang sejuk beku.

 

39.   

JUARA "FRANCHISE BUSINESS CHALLENGE 2014"

Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan - Robiatul Adawiyah Salihuddin Ayobi, Ahmad Roslan, Abdul Hadi Zaini, Noor Ameyra Zaperi dan Nurul Farhana Bambang Suito - menjuarai pertandingan "Franchise Business Challenge 2014".  Pertandingan bertujuan mendekatkan siswazah dengan realiti dan suasana industri francais serta membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan penggiat francais di Malaysia.

 

40.   

ANUGERAH KATEGORI PEMIMPIN

Pelajar Mohd Hafez Mohd  Khalid memenangi anugerah Pemimpin Program Keusahawanan  Terbaik, manakala Ahmad Zharif Arbi memenangi Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik pada majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 di Terengganu.