UPM Golf | Universiti Putra Malaysia
» UPM Golf

UPM Golf

UPM menyediakan padang golf 18 lubang 

Padang golf  UPM yang dibina pada tahun 1981 dengan 9 lubang ini pada mulanya bertujuan untuk pengajian pertanian dan pendidikan jasmani. Ia juga menjadi satu tarikan riadah untuk kakitangan, pelajar dan orang awam.  Disamping itu, para kakitangan dan pelajar juga dapat menikmati permainan golf di padang yang mempunyai pemandangan indah.

Padang golf ini terbuka kepada orang ramai, namun keahliannya terhad kepada kakitangan sahaja. Unit Khidmat Profesional dan Padang Golf Taman Pertanian Universiti adalah pihak yang bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara padang golf serta menyediakan kemudahan untuk pemain kelab golf. Kelab Pemain Golf  UPM (KPGU) pula ditubuhkan bagi menjana aktiviti-aktiviti kelab.

Orchard Nine yang terdiri daripada lubang 1 hingga lubang 9 berjaya membuatkan pemain-pemain golf berasa selesa dengan pemandangan yang indah kerana keasliannya. Lapangannya turut dipenuhi dengan pokok buah-buahan. Forest Nine pula dikelilingi dengan pokok-pokok hutan serta pemandangan yang semulajadi serta merupakan lapangan yang mencabar.

Terdapat juga pelbagai kemudahan disediakan seperti Lapang Sasar dan Green Latihan, Jurulatih Golf Professional, Kafetaria, Rumah Kelab, Surau, Dewan atau bilik mesyuarat dan juga bilik persalinan.

Waktu Operasi

Yuran Keahlian


Nota : Bayaran perlu dijelaskan kepada UPM Holdings Sdn Bhd.

Kadar Bayaran Permainan (Green Fees + Buggy + Insurans + Cukai SST 6%)­

Jadual Yuran Keahlian Tahunan ( 12 Bulan ) 

 

 

 

 

 

UPM Holdings Sdn Bhd telah mengambil alih pengurusan kelab golf yang dulu dikenali sebagai Padang Golf UPM, satu unit perkhidmatan penyediaan sukan golf kepada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan orang awam amnya.

Sejurus pengambilan sepenuhnya pengurusan kelab golf, UPMHoldings telah melakukan renovasi bagi meningkatkan kemudahan, keselesaan dan cabaran kepada semua lapisan pemain golf dan dimasa yang sama juga UPMHoldings telah melakukan penjenamaan semula dari padang Golf UPM kepada Kelab Golf Uniputra dibawah seliaan  UPM Consultancy & Services Sdn Bhd salah satu anak syarikat di bawah UPM Holdings Sdn Bhd.

Antara perancangan-perancangan syarikat termasuklah mempelbagaikan pakej-pakej harga yang dapat menarik pemain golf dari setiap peringkat umur dalam dan luar negara, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi persukanan golf dalam dan luar negara, memperkenalkan dan mempromosi ahli tahunan, mengendalikan perkhidmatan pembelajaran sukan golf (junior dan advanced program ) serta meningkatkan kemudahan lapang sasar golf selain menyediakan kemudahan kedai peralatan golf ( Pro Shop ).

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :- 

Kelab Golf Uniputra
Persiaran Golf, Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang Selangor.
Tel & Whatapp :-016 2976009

 

Updated:: 15/02/2021 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUMGMAk:12:57