Tindakan sekiranya isyarat kebakaran diaktifkan :
- Kosongkan bangunan dengan segera, tutup pintu yang anda lalui.
- Jangan cuba selamatkan barang berharga, fail atau peralatan lain.
- Jangan gunakan lif.
- Bantu orang kurang upaya untuk meninggalkan bangunan jika boleh.
- Sekiranya orang kurang upaya itu tidak dapat menyelamatkan diri, bantu mereka ke tangga terdekat dan tutup pintu kearah tangga tersebut.
- Maklumkan kepada Anggota Keselamatan kedudukan orang kurang upaya tersebut untuk diberi bantuan.
- Bergerak ke tempat berkumpul yang dikhaskan.
- Sekiranya anda yang mengaktifkan isyarat kebakaran, jumpa dengan Anggota Keselamatan untuk mengenalpasti kedudukan tempat asap dan api.
Tindakan sekiranya anda terjumpa kebakaran (api) :
- Aktifkan isyarat kebakaran.
- Hubungi Talian Kecemasan UPM di talian 03-89471999.
- Gunakan alat pemadam api sekiranya tahu menggunakannya.
Tindakan sekiranya pakaian anda terbakar :
- Hentikan apa yang anda sedang lakukan, jangan berlari.
- Jatuhkan diri ke lantai.
- Golekkan diri anda untuk memadamkan api.
Beri bantuan kecemasan sekiranya perlu :
- Jangan gerakkan orang cedera parah.
- Dapatkan bantuan dari Anggota Keselamatan.
- Berikan CPR sekiranya anda dilatih untuk berbuat demikian.