Penerbitan UPM

 




Sila pilih naskhah penerbitan dari UPM mengikut pilihan anda.

> Buletin The Putra
The Putra
merupakan sebuah penerbitan berprestij yang diterbit 3 kali setahun oleh UPM sejak tahun 2008 dan merupakan penerbitan berasaskan kajian serta ditulis secara profesional. Naskhah ini menggambarkan falsafah korporat UPM melalui temuramah mendalam terhadap pengurusan tertinggi, personaliti akademik selain menampilkan maklumat terkini mengenai perkembangan penyelidikan dan persekitaran pengajian tinggi di UPM.

Sila layari halaman The Putra untuk edisi terkini.


> Buku-buku terbaru terbitan Penerbit UPM
Penerbit UPM berperanan menerbitkan karya asli dan terjemahan serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dalam bentuk buku, jurnal dan monograf terutama karya-karya yang diusahakan oleh tenaga pengajar UPM. Dapatkan maklumat buku-buku terbaru terbitan Penerbit UPM dengan klik di sini.


> Buletin Kampus Akhbar Tribun Putra
Akhbar Tribun Putra ialah akhbar rasmi UPM yang diterbitkan secara berkala empat kali setahun sejak tahun 2008. Akhbar ini memaparkan berita, rencana dan aktiviti terkini berkaitan pencapaian Universiti dan warganya, pendidikan, penyelidikan, hal-ehwal pelajar, khidmat komuniti dan pendapat. Sila layari laman Tribun Putra untuk edisi terkini atau boleh dapatkan naskah Tribun Putra dengan menghubungi kami melalui e-mel marketing@upm.edu.my 


> Buletin Alumni Serdang Sun
SERDANG SUN merupakan majalah alumni yang diterbitkan oleh Pusat Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM, sebanyak dua kali setahun. Majalah alumni ini berperanan dalam menyebarkan berita-berita universiti, alumni, warga kampus dan perkembangan semasa untuk memperkasakan hubungan sesama mereka. Ia turut berperanan sebagai medium perkongsian pengalaman, pandangan dan aspirasi alumni. Layari halaman Serdang Sun dan dapatkan edisi terbaru.