Young Scientist Apprentice Tarik Minat Pelajar SAMTSH Terhadap Kimia | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Young Scientist Apprentice tarik minat pelajar SAMTSH terhadap kimia

Young Scientist Apprentice tarik minat pelajar SAMTSH terhadap kimia

Oleh: Athirah Nur Damia Aminudin

 

KLANG - Seramai 120 orang pelajar aliran sains Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor (SAMTSH) mengikuti Program Young Scientist Apprentice (YSA) baru-baru ini.

Program YSA itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains (FaSSA) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Young Scientist Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM).

Penasihat program, Prof. Madya Dr. Tan Kar Ban berkata program itu bertujuan  menyampaikan informasi kepada pelajar mengenai haluan selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan landasan untuk memilih jurusan di instituti pengajian tinggi kelak.

“Program ini bagi menyemai minat pelajar dalam bidang kimia melalui pendedahan kepada teori kimia dan aplikasinya serta membantu perkembangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan memberi manfaat kepada pelajar,” katanya.

Program yang dikendalikan oleh 28 pelajar Kelab Mahasiswa Kimia, Fakulti Sains UPM  itu juga disertai oleh beberapa orang pensyarah Jabatan Kimia UPM.

Pelbagai aktiviti menarik berkaitan Kimia dan Sains dijalankan sepanjang program, antaranya Science Toon Competition, Letusan Krakatoa, Crime Scene Investigation (CSI), Water Rocket Launching dan Parachute.

Selain itu, slot Stesen Sains membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman  mencuba pelbagai jenis eksperimen yang disediakan dengan bantuan fasilitator. Aktiviti seperti itu bukan sahaja dapat menarik minat pelajar terhadap kimia malah mereka dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas.

Pelajar tingkatan lima, Irdina Nadia,17 berkata beliau seronok dengan setiap aktiviti yang dijalankan kerana banyak input yang diterima melalui program itu.

Pengetua SAMTSH, Nadzarah Mahmud ketika berucap pada majlis penutupan program berrkata beliau mengharapkan program itu dapat memberikan inspirasi dan impak yang tinggi kepada peserta agar lebih meminati dan menguasai subjek Kimia,  seterusnya dapat melonjakkan prestasi sekolah dalam SPM. - UPM

Kemaskini:: 13/04/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506112449