UPM Terima Anugerah Pemuliharaan Alam Sekitar PEKA Disampaikan Sultan Selangor | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM terima anugerah pemuliharaan alam sekitar PEKA disampaikan Sultan Selangor

UPM terima anugerah pemuliharaan alam sekitar PEKA disampaikan Sultan Selangor


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Norazreen Awang

SERDANG, 27 Mei –  Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah PEKA Award kategori Eco Tertiary Award yang disampaikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Anugerah oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam  Malaysia (PEKA Malaysia) itu disampaikan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM, kepada Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, di sini.

Ia diberikan atas sokongan dan inisiatif UPM dalam membantu memelihara serta memulihara hutan hujan tropika di Malaysia dalam bidang pengajaran dan penyelidikan dalam memperjuangkan khazanah alam di Malaysia.



Presiden PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata buat julung kalinya, PEKA menyampaikan empat penganugerahan kepada penerima yang membantu menjalankan aktiviti yang dilaksanakan oleh pertubuhan itu.

Turut menerima anugerah ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kategori Government-link Companies (GLC), Sekolah Antarabangsa Islamik Idrissi kategori Eco Tertiary Education Award 2016, dan Sekolah Antarabangsa Cempaka kategori Eco Secondary Education Award 2016.  – UPM.


 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511348146