UPM Terima Anugerah MRSA, Tiga Pensyarah Terima Anugerah CREAM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM terima anugerah MRSA, tiga pensyarah terima anugerah CREAM

UPM terima anugerah MRSA, tiga pensyarah terima anugerah CREAM

Oleh Azman Zakaria

 

SEPANG, 25 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) terpilih menerima anugerah ‘Research and Innovation Excellence Award’ pada majlis MRSA & Pengiktirafan Jurnal CREAM (Current Research Malaysia) 2018, di sini.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris menerima anugerah ‘Research and Innovation Excellence Award’ itu.

 

Sementara itu pada majlis yang sama, tiga pensyarah UPM turut menerima dalam kategori Malaysia’s Research Star Award (MRSA) iaitu Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dari Fakulti Kejuruteraan; dan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dari Fakulti Sains. 

 

Kesemua anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas. – UPM

 

 

Tarikh Input: 16/11/2018 | Kemaskini: 16/11/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563508925