UPM Rangkul Emas, Anugerah Khas Di MTE 2020 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020

UPM rangkul emas, Anugerah Khas di MTE 2020

Oleh: Noor Azizah Ismail 

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul dua pingat emas, empat perak dan lima gangsa, serta anugerah khas Association of British Inventors and Innovators pada The International Expo on Inventions and Innovations – Malaysia Technology Expo 2020.

Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) memenangi pingat emas dan Anugerah Khas Association of British Inventor and Innovation bagi teknologi iaitu Adaptive Wear for Disabled Elderly, pakaian yang direka khas untuk orang kurang upaya fizikal dan bagi pengguna yang mengalami kesukaran dalam berpakaian. Pakaian itu mudah digunakan dan mempunyai petak khas untuk pek sejuk dan pek air kencing.

Pingat emas juga dimenangi Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit (Fakulti Kejuruteraan) melalui inovasi Development of Thermally Stable Polycrystalline Photovoltaic Module Based Novel Biocomposite Materials.

MTE 2020 diadakan dari 20 hingga 22 Februari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Ia dirasmikan Menteri Keusahawanan dan Pembangunan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

UPM menghantar 11 penyertaan bagi dua kategori iaitu Invention and Innovation Awards dan Public Service Innovation Awards, pada MTE 2020 itu yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara.

Berikut ialah pemenang dari UPM bagi kategori Invention and Innovation Awards;

  1. Madya Dr. Nazlina Shaari (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), Adaptive Wear for Disabled Elderly, (pingat emas dan Anugerah Khas Association of British Inventor and Innovation.)
  2. Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit (Fakulti Kejuruteraan), Development of Thermally Stable Polycrystalline Photovoltaic Module Based Novel Biocomposite Materials (pingat emas).
  3. Dr. Mohd Rafii Yusop (Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan), PadiU Putra 1: High yield and Blast-Resistance Rice Variety (pingat perak).
  4. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Standardized Cosmos Powder with Potent Antidiabetic and Antioxidant Property, (pingat perak).
  5. Dr. Ahmed Osumanu Haruna (Fakulti Pertanian, Sains dan Teknologi UPMKB), Agro-wastes to Organic Amendments Improve Soil Health Crop Productivity and Income, (pingat perak).
  6. Dr. Khozirah Shaari (Institu Biosains), An Integrated Process of Extraction and Enrichment of Flavonoids from Oil Palm Leaves, (pingat perak).
  7. Muhd Khaizer Omar (Fakulti Pengajian Pendidikan), Plant Cyborg Hybrid, (pingat gangsa).
  8. Nur Kartinee Kassim (Fakulti Sains), Armigard: Biopesticide Formulation for Agriculture Insect Pest Management, (pingat gangsa).
  9. Fariz Azmi (Institut Kajian Perladangan), TrichoMax: Encapsulation of biological Agents (Trichoderma harzianum), (pingat gangsa).
  10. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), PutraUAV: Novel Bio-degradable Natural Fibre Composite Material, (pingat gangsa).

Bagi Kategori Public Service Innovation Awards;

  1. Asrizam Esam (Putra Science Park), Skytider – Mounting and Hanging Display Device, (pingat gangsa).

 

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKUDA1:03:20