UPM Rai Pelajar Antarabangsa Sesi 2 2017/2018 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM rai pelajar antarabangsa Sesi 2 2017/2018

UPM rai pelajar antarabangsa Sesi 2 2017/2018

Oleh: Khoirun Nisa Ahmad

Foto oleh: Marina Ismail

 

SERDANG, 9 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan New International Students Welcoming Programme (NISWP) Sem 2 2017/2018 bagi meraikan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian mereka di sini.

Pengarah Pusat Putra Antarabangsa UPM, Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim berkata, beliau percaya melalui program itu pelajar memperoleh pengalaman serta mempelajari perkara baharu di negara ini termasuk bahasa dan budaya, selain mendapat rakan baharu.

“Program yang disertai seramai 172 pelajar ini bertujuan mendedahkan mereka kepada kepelbagaian budaya, cara hidup dan adat resam di negara ini,” katanya.

Pelajar baharu itu antaranya ialah dari Bangladesh, China, Gambia, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Libya, Morocco, Palestin, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Tanzania, Yaman, Algeria, Brunei, Pakistan, Jerman, Belanda, Finland, Perancis, Jepun, Turki, Thailand, Nigeria, Maldives, Kuwait, Ghana, Iran, Libya dan Singapura.

“Program ini membantu pelajar antarabangsa untuk mengenali kenalan baharu dari pelbagai negara dan membantu antara satu sama lain untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu,” katanya.

 

Seorang peserta program, Usman Muhammad, 38, dari Nigeria yang mengambil jurusan Bahasa Arab dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, berkata beliau tertarik dengan keunikan dan makanan Malaysia serta pelajar yang sangat mesra dan baik.

“Pelajar di sini sangat baik dan saya senang dengan mereka. Makanan di sini juga sedap dan pelbagai citarasa,” katanya.

 

Emily Fricke dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, yang berasal dari Jerman pula berkata pelajar di sini mudah mesra serta tidak lokek dengan senyuman, yang membuatkan beliau berasa senang dan tertarik berada di UPM.

“Saya mengenali UPM melalui rakan yang juga merupakan bekas pelajar di sini, yang telah menarik minat saya untuk memilih UPM sebagai tempat untuk mengikuti program mobiliti,” katanya. – UPM

 

 

 

Kemaskini:: 01/03/2018 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1531786294