| Universiti Putra Malaysia

UPM, PMNP jalin kerjasama penyelidikan warisan sejarah

Oleh: Noor Eszereen Juferi

KUANTAN, 18 Nov – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang (PMNP) melalui Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah – Muzium Pahang (AL-ASAR) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penyelidikan memajukan ilmu dalam bidang warisan sejarah dan tamadun negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli menyaksikan penyerahan perjanjian itu.   

                                                                         

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata kerjasama itu adalah selaras dengan hasrat universiti untuk terus cemerlang sebagai sebuah Menara Ilmu dan institusi keilmuan yang disegani.

“Ini selaras dengan misi UPM untuk menjadi pusat penyelidikan dan pengajaran yang terunggul dalam perlbagai bidang, serta menyokong kajian warisan sejarah dan tamadun yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang,” katanya.

MoU itu diadakan ketika Persidangan Diraja Dan Pemeteraian Kerjasama Muzium Pahang di sini.  - UPM

SXEbFA~