UPM Muncul Juara ‘Franchise Business Challenge 2014’ | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM muncul juara ‘Franchise Business Challenge 2014’

UPM muncul juara ‘Franchise Business Challenge 2014’

Oleh Nursyahirah Ariffin



KUALA LUMPUR 17 DIS – Lima pelajar dan seorang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara dalam pertandingan ‘Franchise Business Challenge 2014’ pada 31 Oktober lalu.

Pemenang menerima sijil, trofi, wang tunai berjumlah RM4 ribu dan elaun pelajar sebanyak RM1,500 setiap seorang daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Hasan Malek.

Kumpulan pelajar yang disertai Robiatul Adawiyah Salihuddin Ayobi, Ahmad Roslan, Abdul Hadi Zaini, Noor Ameyra Zaperi dan Nurul Farhana Bambang Suito juga berpeluang menjalani latihan intensif selama satu minggu di Seminar Sehari Francais dan Franchais International Conference dalam negara.

 



Penasihat kumpulan, Prof Madya Dr. Azmawani Abd Rahman berkata sepanjang  tempoh enam bulan pertandingan berlangsung peserta diberi pendedahan dan latihan insensif yang lengkap mengenai perniagaan francais.

"Peserta perlu menyediakan rancangan konsep perniagaan francais, membangunkan konsep, model serta pertandingan francais dan membentangkan cadangan konsep perniagaan di akhir perniagaan bagi membolehkan mereka memenangi pertandingan itu,”  katanya yang juga pensyarah UPM.

Pertandingan yang bermula dari Mei 2014 itu bertujuan untuk mendekatkan siswazah dengan realiti dan suasana industri francais selain membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan penggiat francais di Malaysia.

Program yang julung kali dianjurkan oleh KPDNKK dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) turut disertai oleh empat lagi universiti terpilih.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563510490