UPM Juara Skuasy IPT | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM Juara Skuasy IPT

UPM Juara Skuasy IPT


Oleh: Nurwajihah Laili

BUKIT JALIL
- Pasukan Skuasy Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar kejayaan apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diadakan di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir, pasukan UPM menewaskan INTI International University  2-1.

UPM meraih hadiah wang tunai RM1500, plak serta piala pusingan tajaan YR1M.

UPM diwakili ketua pasukan Mohd Amir Farhan, Gurshan Singh, Mithila Tamilarasan, dan Mohd Saifullah.

Gurshan Singh memungut mata pertama untuk UPM, dengan kemenangan 11-7, 11-3, 9-11, 11-8 ke atas Bryan Lim.


 



INTI IU menyamakan kedudukan apabila pemainnya Lee Ka En menewaskan Mithila Tamilarasan 11-9 dan 11-6, sebelum Mohd Amir muncul wira UPM, apabila menewaskan Alvin Chai 11-8, 11-7, 11-9.

Mohd Amir berkata, pasukan itu meletakkan sasaran untuk ke peringkat akhir.

“Semangat berpasukan yang padu telah membantu pasukan Skuasy UPM sehingga berjaya menewaskan pasukan pilihan termasuk Universiti Malaya (UM) di peringkat separuh akhir,” katanya,

UM diwakili pemain kebangsaan Mohd Addeen Idrakie, Yoveineshan, dan Gillian Ng.

Mohd Amir melahirkan penghargaan kepada pengurus pasukan Dr. Yap Wing Fen dan ahli Kelab Skuasy UPM yang membakar semangat pasukan untuk melakar kejayaan.

Pasukan UM, yang tewas kepada UPM di peringkat separuh akhir, meraih tempat ketiga setelah mencatat kemenangan 2-0 ke atas Universiti Sunway.

Sebanyak 27 pasukan daripada 14 Institusi Pengajian Tinggi mengambil bahagian dalam kejohanan itui. — UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506248452