UPM Dan INIA United Nations Rintis Penyelidikan Penuaan Multi Disiplin | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM dan INIA United Nations rintis penyelidikan penuaan multi disiplin

UPM dan INIA United Nations rintis penyelidikan penuaan multi disiplin


Oleh: Faten Syahira Syakrein
Foto: Mohd Hasrul Hamdan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM), Universiti Putra Malaysia (UPM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama International Institute of Ageing, United Nations - Malta (INIA) bagi merintis penyelidikan penuaan multi disiplin dalam bidang penuaan.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr.Aini Ideris berkata MoU itu adalah bukti komitmen universiti dalam usaha memenuhi keperluan negara untuk penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gerantologi dan geriatriks.

“IPPM telah menerajui inisiatif untuk menjalankan kajian-kajian ‘multidisciplinary’ dan ‘interdisciplinary’ yang berkaitan dengan usia tua dan penuaan serta telah berusaha ke arah penambahbaikan kualiti hidup warga emas di Malaysia,” katanya pada majlis MoU UPM-INIA yang dihadiri oleh Pengarah INIA, Dr. Marvin Formosa.

Pengarah IPPM UPM, Prof. Tengku Aizan Hamid, berkata kerjasama antara kedua-dua  pihak adalah salah satu langkah institut mengalas tindakan taktikal berdasarkan keperluan Universiti Penyelidikan (RU).

“Kerjasama ini juga memberi tambah nilai kepada UPM serta meningkatkan hubungan strategik antara pihak universiti dan agensi kerajaan,” katanya.

INIA adalah institut latihan yang ditubuhkan pada 1988 berperanan menyediakan latihan dan pendidikan merangkumi bidang penuaan serta menjadi faktor pertukaran maklumat serta idea dalam bidang itu.

Selain dapat meningkatkan kepakaran berkaitan penyelidikan penuaan multidisiplin, kerjasama itu  adalah platform untuk mempromosikan institut ke peringkat antarabangsa. - UPM


 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506300768