UPM Antara 7 Organisasi Terbaik Negara Terima Anugerah Kualiti SIRIM 2017 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM antara 7 Organisasi Terbaik Negara Terima Anugerah Kualiti SIRIM 2017

UPM antara 7 Organisasi Terbaik Negara Terima Anugerah Kualiti SIRIM 2017

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

SUBANG JAYA, 10 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Anugerah Kualiti SIRIM 2017  kategori agensi kerajaan sebagai pengiktirafan tahap pengurusan kualiti yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa, sempena Majlis SIRIM Industri 2017.

Anugerah SIRIM yang diberikan kepada UPM itu menilai 5 kriteria iaitu komitmen pengurusan, pelaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti berdasar standard ISO, 5S, kumpulan kualiti, produktiviti & inovasi dan prestasi organisasi.

Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menteri berkenaan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Keseluruhan sebanyak tujuh organisasi menerima Anugerah Kualiti SIRIM 2017 sebagai pengiktirafan tahap pengurusan kualiti yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa.

Selain UPM, Lembaga Zakat Selangor turut menerima kategori agensi kerajaan sementara organisasi lain yang menerima anugerah ialah Gamuda Berhad, TNB Janamanjung Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan Indkom Engineering Sdn Bhd.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Pengerusi Sirim Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Kemaskini:: 30/11/2017 [syifarida]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1531786193