UPM Anjur Program Dedah Pelajar Mengenai Budaya Myanmar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM anjur program dedah pelajar mengenai budaya Myanmar

UPM anjur program dedah pelajar mengenai budaya Myanmar


Oleh: Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobridan dan Muhamad Amirudin Zainudin Amirudin

SERDANG, 13 Nov – Kelas Bahasa Myanmar, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan program Puppet Dance And Literature bagi mendedahkan pelajar terhadap budaya masyarakat Myanmar.

Pengarah program, Sarah Hashim @ Daw Thida Than berkata program itu adalah untuk menarik minat pelajar terhadap budaya masyarakat Myanmar di samping mendedahkan mereka dengan adat yang terdapat di Myanmar.

“Saya akan meneruskan program seperti ini pada masa hadapan bagi memupuk minat pelajar UPM mempelajari bahasa Myanmar di samping mengetahui budaya masyakat Myanmar,” katanya.

Turut hadir Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) UPM, Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin; Chef Selebriti, Dato’ Redzuawan Ismail dan Timbalan Pengarah CALC, Dr Wan Roselezsm Jaffar.

Antara acara yang dijalankan sepanjang program ialah persembahan daripada pelajar bahasa Jepun dan persembahan muzik oleh pelajar tempatan, manakala acara kemuncak ialah peragaan pakaian tradisional Myanmar dan tarian Puppet Dance.

Puppet Dance yang berlangsung pada malam itu adalah Boneka Myanmar dipanggil Yoke Thay (miniature) iaitu seni popular yang dikendalikan dengan menggunakan tali dan sering dimainkan dalam opera daripada Myanmar. - UPM


 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506112676