UPM Anjur New International Students Welcoming Program 2015/2016 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM anjur New International Students Welcoming Program 2015/2016

UPM anjur New International Students Welcoming Program 2015/2016


Oleh: Bahagian Antarabangsa, UPM

SERDANG – Seramai 168 pelajar baharu antarabangsa dari pelbagai negara menghadiri program Selamat Datang Pelajar Baharu Antarabangsa bagi sesi pengajian semester 2 2015/2016 di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malysia (UPM) baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, berkata proses pembelajaran adalah sesuatu yang amat penting sebagai nilai tambah untuk para siswazah berganding bahu memacu negara dalam dunia global.

“Saya berharap agar semua pelajar antarabangsa memperoleh pangalaman dan ilmu yang berharga dengan mempelajari pelbagai budaya di Malaysia serta menikmati kehidupan di kampus UPM,” katanya semasa merasmikan program SEM 2 2015/2016 New International Students Welcoming Programme (NISWP).

Pada program itu, para pelajar diberi pemahaman menegenai sistem pentadbiran, pengurusan pembelajaran, dan pendedahan kepada peraturan serta budaya persekitaran kampus yang merupakan objektif program berkenaan.

Program selama dua hari  itu dijalankan oleh Pusat Antarabangsa UPM dengan kerjasama 15 pelajar tempatan di bawah program UPM Buddy selaku pembantu dalam menyelaraskan program.

Pelajar baharu itu termasuk dari Indonesia, Nigeria, Uganda, Iraq, Libya, Yaman, Morocco, Pakistan, China, Djibouti, Somalia, Palestin, Iran dan Mesir.

Pelajar dari Amerika Syarikat, Kathryn Graze Cruz, 20, berkata program NISWP membantu beliau memahami sistem yang dilaksanakan di UPM serta memahami dengan lebih dekat budaya Malaysia.

“Antara sesi yang menarik iaitu slot ice breaking yang dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Rohimmir serta lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.  Ia telah menarik perhatian saya untuk mempelajari bukan sahaja sejarah Melaka tetapi juga   Malaysia,” katanya.

Rakannya dari Hong Kong, Shirley Chu Ling Fung, 21, berkata, beliau berterima kasih kepada Pusat Antarabangsa UPM kerana memberi peluang kepada pelajar baharu antarabangsa untuk mengikuti program itu.

“Pelbagai aktiviti dan program disusun khusus oleh UPM bagi memupuk minda yang optimis dalam memulakan sesi pembelajaran baharu di kampus ini,” katanya. – UPM.


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506248658