UPM Anjur Kejohanan Sukan Kolej Semester 1 Sesi 2016/2017 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM anjur kejohanan Sukan Kolej Semester 1 Sesi 2016/2017

UPM anjur kejohanan Sukan Kolej Semester 1 Sesi 2016/2017


Oleh: Noriza Sainal dan Suhaila Ali

SERDANG, 24 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kejohanan Sukan Kolej UPM (SUKOL) untuk pelajar menonjolkan bakat dalam bidang sukan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata melalui kejohanan sukan itu pelajar turut akan berpeluang dipilih mewakili UPM dalam kejohanan sukan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Penganjuran SUKOL secara langsung akan membina soft skill pelajar serta  platform kepada pelajar untuk mewakili universiti di kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT),” katanya.

Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayub pula berkata SUKOL dipertandingkan secara dua fasa membabitkan  36 acara antaranya ragbi, bola sepak, bola jaring, tenpin boling dan olahraga.

Beliau juga berkata Pusat Sukan bakal menganjurkan kursus latihan sukan besbol selama tiga hari dengan kerjasama pihak negara Jepun.

Sementara itu, Kolej Kediaman Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSAS) UPM muncul juara keseluruhan perbarisan kawad kaki pada majlis perasmian itu.

Majlis perasmian dimulakan dengan perarakan masuk pasukan perbarisan kawad kaki dari 17 kolej kediaman UPM, sebelum diikuti oleh paluan gendang pasukan pancaragam St. John Naval Cadet Band.

Bacaan ikrar kejohanan diketuai atlet Sukan Olimpik Rio, Cheong Jun Hoong, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Johnathan Guanjie. Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam dari St John Institution Kuala Lumpur. – UPM

 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506300206