UCTC Bantu Penternak Batu Talam | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UCTC bantu penternak Batu Talam

UCTC bantu penternak Batu Talam

Oleh Khairul Ziana Kinainah
Foto oleh Noor Azreen Awang



Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, Pengarah Pusat Transformasi Universiti


RAUB, 9 Feb – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Pengehakupayaan Penternak dan Klinik Pakar UPM di Mukim Batu Talam, Raub, Pahang untuk mempromosikan kejayaan penternak Raub yang telah berjaya dan dijadikan model motivasi pada masyarakat umum.

Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar berkata program pemindahan ilmu itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan ekonomi penternak kambing di Mukim BatuTalam, Raub, Pahang.



“Program ini telah berjaya mentransformasi komuniti penternakan kambing di Mukim BatuTalam Raub Pahang dari segi peningkatan pendapatan dan taraf hidup penternak di Batu Talam, Raub.

“Pada masa yang sama program ini telah dijadikan Projek Angkat UPM dan Projek Flagship UPM untuk dilaksanakan di daerah lain bagi mentransformasi komuniti secara lestari,” katanya selepas program yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



Dr. Hawa berkata kejayaan UPM dalam menggerakkan transformasi ekonomi dan kesejahteraan hidup komuniti dalam bidang ternakan menyokong Dasar Agro Makanan Negara (2011-2020) untuk menyumbang kepada pengeluaran daging negara yang diunjur meningkat daripada 1.6 (2010) kepada 2.1 juta tan (2020).

“Perkara ini telah diterima baik bukan sahaja di peringkat mukim dan parlimen tetapi juga di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani di mana UPM diminta untuk bersama-sama membangunkan ekonomi Parlimen Bera melalui Projek FlagshipTernakan UPM,” kata beliau lagi.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563454611