TNC HEPA UPM Terima Anugerah Coach Terbaik NLP | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » TNC HEPA UPM terima Anugerah Coach Terbaik NLP

TNC HEPA UPM terima Anugerah Coach Terbaik NLP


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Noor Azreen Awang

PUTRAJAYA – Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran menerima Anugerah Coach Terbaik ‘Neuro-Lingustik Programming’ (NLP) yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini.

Beliau turut menerima sijil ‘Certified NLP Coach’ melayakkan beliau menjalankan ‘coaching’ sebagai mencungkil potensi diri seseorang untuk memaksimumkan kemampuan diri.

Program ‘Coaching dengan NLP’ adalah program berkemahiran tinggi untuk mereka yang ingin menjadi coach yang efektif. Kaedah itu boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, kepimpinan, sukan, pembelajaran keibubapaan dan lain-lain.

Kaedah ini dapat membantu pelajar di kampus untuk mencapai kecemerlangan untuk positif dan mencari penyelesaian bagi mencapai matlamat hidup serta elemen positif diterapkan dalam mentaliti pelajar.

NLP adalah kaedah terbukti yang efektif untuk membuat perubahan kepada individu untuk mendapatkan apa yang diingini dan bagi mengatasi cabaran yang mereka hadapi. - UPM

 


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860617