| Universiti Putra Malaysia

Tiga pensyarah UPM raih 3 emas pameran IENA, di Jerman

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

JERMAN, 1 November – Tiga pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih tiga pingat emas pada Pameran International Exhibition of Ideas-Inventions-New Products (IENA) 2022 yang berlangsung pada 27 hingga 30 Oktober 2022 di Exhibition Center, Nuremberg Hall 10, Jerman pad 30 Oktober lalu.

Pingat emas pertama diraih oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan, UPM, Prof. Ir. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin bersama rakan industri, Ir. Dr. Abdul Azim Abdul Rahman, Steelcase Malaysia melalui projek Post Conditioning Injection Molding Machine for Glass Filled Nylon (Polyamide 6).

Pingat emas seterusnya diperoleh menerusi produk "Digital Cell Library as a Service (DiCLaaS) for System-on-Chip Design" oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Fakhrul Zaman Rokhani dan Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri melalui produk GEOCOAT - A Novel Fire Retardant Coating Based on Agricultural Waste.

Prof. Ir. Mohd Khairol Anuar berkata penyertaan dan kemenangan sebegini amat penting untuk meningkatkan lagi kolaborasi dan jaringan dengan penyelidik dari UPM dan industri merentas dunia tanpa sempadan.

Selain mempromosikan reka cipta penyelidik kepada rakan antarabangsa, penyertaan ini juga membina jaringan akademik dan kolaborasi bersama universiti serta industri terkemuka di seluruh dunia. - UPM

WXFBDA~