Teresa Kok Lancar Buku ‘Mengupas Prestasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Perabot’ | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Teresa Kok lancar buku ‘Mengupas Prestasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Perabot’

Teresa Kok lancar buku ‘Mengupas Prestasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Perabot’

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Norazreen Awang

 

SERDANG, 29 Jan – Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim melancarkan buku baharu Universiti Putra Malaysia (UPM), ‘Mengupas Prestasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Perabot.’

Buku terbitan bersama UPM dan Persatuan Usahawan Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) itu akan menjadi permulaan kepada aktiviti yang lebih intensif kelak khususnya dalam pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor perabot.

Buku itu adalah hasil kajian Pensyarah Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Dr. Jegatheswaran Ratnasingam, pakar industri perabot yang diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Teresa Kok berkata PEKA dan industri perkayuan secara umumnya akan mendapat manfaat yang besar melalui kerjasama pintar itu.

Industri itu mempunyai impak yang tinggi terhadap pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor berkenaan.

Industri perkayuan merupakan satu daripada sektor sosioekonomi yang penting untuk negara. Pada 2017, nilai eksport produk kayu adalah kira-kira RM23.2 bilion, manakala eksport produk perabot pula mencatatkan nilai RM 10.1 bilion.

Melalui kajian yang dibukukan itu, penggubal dasar industri perkayuan, usahawan dan pelajar boleh merujuk laporan terperinci itu dan menjadikannya sebagai penanda aras serta mengambil saranannya ke arah meningkatkan lagi perkembangan usahawan Bumiputera dalam sektor berkenaan. - UPM

 

 

Tarikh Input: 05/03/2019 | Kemaskini: 05/03/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563351830