Sukarelawan Siswa K5 Bantu Persiapan Raya Anak Yatim | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » SUKARELAWAN SISWA K5 BANTU PERSIAPAN RAYA ANAK YATIM

Sukarelawan Siswa K5 bantu persiapan raya anak yatim

Oleh Rizal Razak

SERDANG, 3 Jun – Sukarelawan Siswa Kolej Kelima (K5), Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil menceriakan 43 orang anak yatim dan fakir miskin dari Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong melalui program Fifth Baju Raya 4U @PUTRA|BAKTI UPM 2017.

Program bersempena Sambutan Empat Dekad Kolej Kelima itu bertujuan meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin dengan membeli baju raya baharu di Tesco Extra Hypermaket,Puchong sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Projek berkenaan mendapat sokongan pasar raya itu sebagai rakan jaringan kolaborasi melalui kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi, UPM yang membantu memberi sumbangan bantuan kepada pelajar-pelajar UPM yang kurang berkemampuan.

Program itu boleh meningkatkan keyakinan dalam aspek keperibadian diri serta bantuan kewangan dalam kehidupan anak-anak yatim yang memerlukan kasih sayang di samping memberi pendedahan kepada mereka mengenai suasana kehidupan universiti.

Menurut Pengetua Kolej Kelima, Prof. Dr. Sidek Abdul Aziz, program itu dapat membentuk landasan hubungan mahasiswa dengan komuniti yang terlibat.

“Projek amali ini menyemai semangat kesukarelawan dalam diri pelajar dan  memberi ruang kepada mereka meningkatkan nilai tambah kemahiran insaniah berkaitan kepimpinan dan kesukarelawan.

“Justeru, ini merupakan ruang dan peluang yang harus dimanfaatkan oleh mahasiswa kita melibatkan diri dalam bidang kesukarelawan,” katanya.

Sumbangan yang diperolehi untuk projek baju raya itu diusahakan melalui kutipan derma daripada warga kampus oleh sukarelawan mahasiswa KolejKelima, UPM.

Dengan tagline “right volunteer for the right job”, para sukarelawan K5 UPM dari pelbagai program bidang pengajian membuktikan bahawa UPM memiliki ramai sukarelawan yang mampu melaksanakan khidmat komuniti berimpak tinggi.

Kemaskini:: 19/06/2017 [syifarida]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1500965591