Senator Chong Sin Woon Adakan Sesi Dialog Pertanian Di UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Senator Chong Sin Woon adakan sesi dialog pertanian di UPM

Senator Chong Sin Woon adakan sesi dialog pertanian di UPM


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 2 Mac – Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Petani Muda Malaysia, Senator Chong Sin Woon menghadiri Sesi Dialog bersama pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai kajian, teknologi dan mekanisasi di universiti.

Beliau berkata, UPM merupakan institusi pengajian tinggi yang telah berjaya mencipta kaedah pertanian baharu dengan menjalankan penyelidikan yang baik yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

“Saya berharap masyarakat Malaysia akan menerokai bisnes bidang pertanian kerana hasil penyelidikan kita adalah lebih berkualiti dan kita perlukan mencari saluran yang tepat untuk mempromosikan produk penyelidikan pertanian negara ini,” katanya pada sidang media di Fakulti Pertanian, UPM.


Senator Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II, berkata kementerian bekerjasama dengan UPM bagi mengkomersialkan produk pertanian yang melibatkan penyelidik dan petani.

Beliau sebelum itu melawat 18 Showcase Pertanian produk Fakulti Pertanian, UPM antaranya Padi Rintang kepada Penyakit Karah; GanoCare™:Peneraju Kawalan Penyakit Ganoderma Kelapa Sawit; Solar Heater Box; Biobased nanoemulsion of Rotenone for Save and Effective Insect Pest Control; Alamanda-Deriver Biofungicide for The Control of Papaya Anthracnose; Ayam Akar Putra; Putra Red Tilapia; Cultivation of Edible Mushroom; Kenaf and Oil Palm Trunk: Adding Value to the Malaysian Farmers; UAV Drone for Precision Farming; VRT Sprayer for Oil Palm Plantation dan Mesin Kuih Bijan.

Selain itu, terdapat produk dari Institut Biosains UPM turut dipamerkan iaitu Minyak Afdhal, Bonext is a dietary supplement for joints and bone health, Healen-Pembansmi Kuman Menggalakkan Penyembuhan Kulit, Origold Drink dan HS Gold.



Pengurusan UPM yang hadir pada majlis itu ialah  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo; Timbalan Ketua Pustakawan, Muzaffar Shah Kassim dan Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Abd Shukor Juraimi. – UPM

Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511347872