Safe Kids Malaysia Terima Anugerah FedEx Road Safety 2017 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Safe Kids Malaysia terima anugerah FedEx Road Safety 2017

Safe Kids Malaysia terima anugerah FedEx Road Safety 2017

Oleh: Khairul Anuar Muhamad Noh

 

KUALA LUMPUR, 6 April - Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia menerima Anugerah Keselamatan Jalan Raya FedEx ‘FedEx Road Safety Award 2017’ oleh Global Alliance di sini.

Anugerah dan hadiah berjumlah USD 5,000 itu disampaikan sempena mesyuarat kelima Global Alliance of NGO's on Road Safety di sini yang menyokong keselamatan jalan raya dan mangsa kemalangan jalan raya melalui program di negara mereka.

 

Anugerah disampaikan oleh Penasihat Komunikasi FedEx, Memphis,Amerika Syarikat, Shane O’Connor. Majlis anugerah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, dan turut dihadiri oleh Duta Khas Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, Jean Todt.

Selain UPM, FedEx turut menyampaikan anugerah kepada dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif dalam keselamatan jalan raya iaitu Africans Against Drunk Driving dari Afrika Selatan dan Alinagon dari negara Benin.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Kulanthayan KC Mani berkata UPM akan berusaha membantu negara mencapai sasaran Sustainable Development Goal 3.6 (Mengurangkan kematian dan kecederaan sebanyak 50% menjelang 2020).

 

“Safe Kids Malaysia UPM juga akan menerus dan memperluaskan lagi Program Putra Bakti - Intervensi Penggunaan Topi Keledar Motosikal Kanak Kanak bagi keselamatan kanak kanak di Malaysia,” katanya.

FedEx Road Safety award terbuka kepada semua ahli NGO Global Alliance dalam keselamatan jalan raya yang dianggotai oleh 100 buah negara. - UPM

 

Kemaskini:: 13/04/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511157290