Program MyTreeVolution Tanam 550 Pokok Spesis Karas | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Program MyTreeVolution tanam 550 pokok spesis Karas

Program MyTreeVolution tanam 550 pokok spesis Karas

Oleh Syifarida Zaki

SERDANG, 26 Feb – Sebanyak 550 pokok spesis Karas ditanam di kampus pada “MyTreeVolution program, National Forest Restoration Project” ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan.

Program yang diterajui oleh Felo CEO@Faculty Programme 2.0 itu terdiri daripada sekumpulan pensyarah universiti awam (UA) di Malaysia, bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kehijauan bumi dan sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan dan kerjasama antara UA dan agensi kerajaan serta swasta.

Ia dianjurkan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi, dan dijalankan di Ladang 6, Kampus Serdang, Universiti Putra Malaysia (UPM).

UPM yang merupakan tuan rumah untuk kali kedua mendapat kerjasama CSR Team Scomi dari Scomi Group Bhd, dan persatuan pelajar UPM.

Pengarah Program, Dr. Samsuzana Abd Aziz berkata program itu berbeza dengan pendekatan program biasa penanaman pokok yang hanya melibatkan proses tanam dan tinggal.

Katanya, proses itu memberi impak yang rendah berdasarkan kadar pertumbuhan dan kematian sesuatu anak pokok.

“Sebaliknya semua pokok yang ditanam melalui program ini akan dipantau secara berkala menggunakan aplikasi teknologi maklumat yang boleh diakses oleh masyarakat.

“Program ‘MyTreeVolution’ bertujuan menghijaukan alam sekitar dengan aktiviti menanam pokok dan pokok-pokok itu dipantau dengan rapi,” katanya. - UPM

 

Tarikh Input: 02/03/2018 | Kemaskini: 02/03/2018 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1537405631