Program ‘Media Literacy Massive Open Online Course’ Diperkenal | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Program ‘Media Literacy Massive Open Online Course’ diperkenal

Program ‘Media Literacy Massive Open Online Course’ diperkenal

Oleh Thiviyah Manicam

                                                 

 

SERDANG, 5 Dis – Fakulti  Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan program ‘Media Literacy (MEDLIT) for Social Change’, iaitu pembelajaran dalam talian átau Massive Open Online Course (MOOC) mengenai celik media yang dibentuk untuk golongan muda yang menuntut di peringkat pengajian tinggi.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban dalam penggunaan akses media, serta dalam mewujud serta berkongsi kandungan media, melalui usaha meningkatkan pemahaman terhadap budaya dan sistem media.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr.-Ing Ir.Renuganth Varatharajoo, di sini hari ini.

Kursus itu dilaksanakan melalui geran dari ‘European Union Erasmus+ Programme for Capacity Building in the field of Higher Education.’ 

Projek kolaboratif itu adalah dalam satu rangkaian terdiri daripada enam buah universiti dari Malaysia, Thailand dan Vietnam, serta tiga universiti dari Austria, Jerman dan Belanda.

Kursus MEDLIT MOOC itu adalah dalam Bahasa Inggeris dan merupakan ruang untuk pelajar berkongsi dan bertukar idea, perspektif dan pengalaman berkaitan media.

Pengurus Perojek UPM-MEDLIT, Prof. Dr. Ezhar Tamam berkata antara objektif kursus itu ialah untuk membolehkan pengguna media membuat penilaian kritikal  ‘What people do with media’  dan ‘What media do to people,’ serta memahami konsep resepsi media dan menilai kebolehpercayaan isi kandungan. – UPM

Kemaskini:: 14/12/2017 [syifarida]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1531786450