Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Terima Anugerah Mengenang Jasa, Persatuan Veterinar Malaysia 2018 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris terima Anugerah Mengenang Jasa, Persatuan Veterinar Malaysia 2018

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris terima Anugerah Mengenang Jasa, Persatuan Veterinar Malaysia 2018

 

 

PETALING JAYA, 17 Okt  – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris menerima Anugerah Mengenang Jasa (AMJ) Persatuan Veterinar Malaysia (VAM) 2018 daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

 

Anugerah itu mengiktiraf sumbangan Prof. Aini kepada persatuan dan menaikkan profesion dan perkhidmatan veterinar.

 

Penerima anugerah itu perlulah menjadi ahli aktif VAM dan telah menyumbang kepada pembangunan persatuan dan persaudaraan veterinar secara besar-besaran.

 

Prof. Aini juga adalah antara kumpulan pertama yang berdaftar sebagai Ahli Seumur Hidup Persatuan Veterinar Malaysia. Beliau bergerak aktif dalam persatuan itu sejak awal penubuhan dengan terlibat dalam beberapa jawatankuasa, ahli editorial Jurnal Veterinar dan juga mantan Timbalan Pengerusi ‘Education Trust Fund’ VAM. - UPM

Tarikh Input: 23/10/2018 | Kemaskini: 23/10/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563455821