| Universiti Putra Malaysia

Prof. Ali terima anugerah MSM

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

BANGI, 6 Dis - Prof. Dr. Mohd Ali Hassan dianugerahkan Malaysian Society for Microbiology Award 2017 pada International Congress Of The Malaysian 
Society For Microbiology
 (ICMSM) 2017 Dinner and Malaysian Society For Microbiology Award Ceremony.

Prof Ali yang merupakan Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM mendapat anugerah kerana aktif dalam penyelidikan yang melibatkan penggunaan mikroorganisma dalam pertanian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau juga aktif di dalam aktiviti persatuan selain pernah menjawat jawatan presiden persatuan tersebut pada tahun 1999-2002.

WXFCFAS~