| Universiti Putra Malaysia

Pemain ragbi negara, Nazuridin terima Ijazah Bacelor Pendidikan

Oleh Auliyaa Putri Ulfana

SERDANG, 5 Nov – Pemain ragbi negara, Nazuridin Abd Latiff memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-41, tetapi mengakui ia satu cabaran baginya kerana pada masa yang sama perlu mewakili negara dalam pelbagai kejohanan ragbi.

Katanya, pembahagian masa antara belajar dan bersukan perlu dilakukan dengan bijak, selain perlu melakukan banyak pengorbanan untuk berjaya dalam kedua-dua bidang.

Beliau yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan termasuk Asian Rugby Championship 2017, Ragbi 7-sebelah Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan Sukan SEA Singapura 2015, berkata pendidikan amat penting kerana pembabitan sebagai atlet tidak akan kekal lama.

Oleh itu katanya, meskipun beliau banyak berlatih tetapi tidak sesekali melupakan pelajaran.

“Saya berusaha memberikan yang terbaik sama ada di padang atau dalam kelas,” kata anak kelima daripada enam beradik ini yang melahirkan penghargaan kepada pensyarah Prod Madya, Tengku Fadilah Tengku Kamalden atas kejayaannya itu..- UPM

WXEaWAg~