| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM menang “99-second Pitch Winner” pertandingan SCB Future Leader Challenge

Oleh: Nurnadhira Mahidin

Foto: Marina Ismail

 

SERDANG, 31 Julai – Empat pelajar dari Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi pertandingan SCB Future Leader Challenge anjuran Siam Commercial Bank dengan kerjasama Sasin Graduate Institute of Business Administration of Chulalongkorn University di Thailand.

Cheah Fuh Yuen selaku ketua kumpulan berkata, kumpulan yang diberi nama ‘The Challengers’ berjaya dalam “99-second Pitch Winner” semasa menyertai pertandingan tersebut.

Kumpulan The Challengers yang dianggotai pelajar-pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Cheah Fuh Yuen, Loh Wai Mun, Kogillavanan Munusamy dan Hoo Yien Ting menerima sijil dan wang berjumlah 2,500 Thai Baht (RM 321.68).

 “Kami menerapkan apa yang kami pelajari di dalam kelas serta memperoleh ilmu melalui kajian kes serta sesi-sesi pertemuan. Selain itu ini adalah peluang untuk kami berkenalan dengan pelajar sarjana dari seluruh negara,” katanya.

 

Pada program tersebut diadakan sesi dialog bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) II, Dato‘ Seri Ong Ka Chuan dan Kumpulan Penasihat AppAsia Berhad, Dato’ Nazifuddin Dato’ Seri Najib Razak.

Dialog itu bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah tentang isu semasa dalam perniagaan di peringkat global dan domestik.

Sementara itu, Dato’ Nazifuddin juga menyampaikan syarahan cara memanfaatkan peluang perniagaan berdasarkan polisi perdagangan yang sedia ada dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan sentiasa berubah. - UPM

SXETHAX~