| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM dipilih menyertai Program Youth Fest 2024

 

SERDANG, 25 Mac - Pelajar Bacelor Hortikultur Dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Logavendra Loganathan telah terpilih untuk menyertai The 4th Youth Fest Program Ho Chi Minh City Vietnam baru-baru ini.

 

Program itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ho Chi Minh Youth Union ke-93 yang telah bermula pada 21 hingga 24 Mac 2024.

 

Logavendra, 24, berkata beliau terpilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang mereka selepas menyelesaikan Sukarelawan Siswa di Long Kevok, Sarawak yang diadakan pada tahun lalu.

 

“Saya berasa sangat bangga kerana dipilih sebagai sukarelawan dan ini merupakan pengalaman manis yang tidak akan saya lupakan yang secara langsung memberikan manfaat kepada saya dalam ilmu kesukarelawan,” katanya.

 

Beliau juga berkongsi faktor yang mendorong beliau dalam bidang kesukarelawan kerana ia merupakan tanggungjawab sosial dan keperluan untuk mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat.

 

“Sifat kesukarelawan sebenarnya perlu dihayati dan ikhlas dalam menjalankan misi kesukarelawan yang telah diamanahkan kepada kita. Kemampuan untuk berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta memahami keperluan mereka adalah penting untuk maju dalam bidang ini,” katanya.

WXEbQA~