Pelajar UPM Bolot Hadiah Kategori Software Di Program Software & SAS BDA Hackath | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pelajar UPM bolot Hadiah Kategori Software di Program Software & SAS BDA Hackath

Pelajar UPM bolot Hadiah Kategori Software di Program Software & SAS BDA Hackath

Oleh Dr. Hizmawati Madzin



CYBERJAYA, 22 Nov – Pelajar Bacelor Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), merangkul semua hadiah bagi kategori software di program ‘Software & SAS BDA Hackathon 2015.’

Hadiah yang dimenangi oleh tiga kumpulan pelajar FSKTM adalah hadiah utama (RM1,500), hadiah kedua (RM1,000) serta hadiah ketiga (RM500.00) dan membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM3,000.

Projek hadiah utama yang bertajuk ‘RemLock’ adalah inovasi bagi sistem pintu rumah tanpa kunci yang diubah menjadi kunci pintu pintar yang boleh mengenalpasti penghuni rumah melalui ‘IMEI’ dan alamat ‘Media Access Control’ (MAC) telefon pintar.

Projek hadiah kedua adalah inovasi bagi ‘Queue Management System’ bertajuk ‘Qtime’ manakala project hadiah ketiga adalah penambahan unsur gamifikasi dalam pengurusan bas yang bernama “Bus Pursuit”. Semua projek yang menang melibatkan sistem berasaskan web dan aplikasi mudah alih dan inovasi daripada idea pelajar.


Majlis Penutup Program Software & SAS BDA Hackathon 2015


Program tersebut diadakan selama 10 hari iaitu lapan hari kursus di UPM dan dua hari pertandingan di MSC Malaysia Knowledge-Worker Development Centre (KDC), Cyberjaya. Ia dianjurkan bersama TalentCorp Malaysia, Multimedia Development Corporation (MDeC), Dream Catcher dan SAS Malaysia.

Objektif program adalah untuk membangunkan modal insan berkepakaran tinggi melalui kursus kemahiran insaniah, keusahawan, web dan aplikasi mudah alih yang diajar oleh pengajar berpengalaman.

Seramai 120 orang mahasiswa daripada empat buah universiti awam dan swasta dari Wilayah Tengah Malaysia menyertai program itu. UPM menghantar 36 orang pelajar dari FSKTM menyertai program berkenaan dan memantau aktiviti pelajar ketika program berjalan.

Program seperti itu dapat meningkatkan kemahiran teknikal pelajar serta kebolehpekerjaan pelajar dan meningkatkan budayakeusahawan terutamanya ‘tech startups’ yang akan menyumbang dan membangunkan ekonomi. - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506248184