Pelajar FRSB Naib Johan Pertandingan Rekabentuk Landskap Tasik Sri Aman | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pelajar FRSB naib johan pertandingan Rekabentuk Landskap Tasik Sri Aman

Pelajar FRSB naib johan pertandingan Rekabentuk Landskap Tasik Sri Aman

Oleh Syifarida Muhamad Zaki


SERDANG – Pelajar Bachelor Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk & Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), muncul naib johan pertandingan Rekabentuk Landskap Tasik Sri Aman, baru-baru ini.

Muhamad Anuar Anas Zainal, Muhamad Akni Akim Saharudin dan Nazirul Syahmi Romlan membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 dan sijil penyertaan.

Pertandingan anjuran Tabung Veritas untuk Kecermerlangan (VFE) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu bertujuan mengindahkan lagi Taman Tasik di Puchong itu.

Ia terbuka kepada semua pelajar universiti tempatan dan diadakan secara berperingkat bermula Oktober lalu.

Ketua kumpulan, Muhamad Anuar Anas berkata penyertaan mereka adalah atas inisiatif sendiri sebagai platform untuk menonjolkan idea dan meneroka pengalaman berbeza dalam bidang Senibina Landskap.

“Kami hanya perlu menghantar cadangan rekabentuk sebelum tarikh tutup pada Disember lalu.

“Apabila dimaklumkan telah berjaya ke peringkat akhir, kami diminta untuk membuat pembentangan pada 15 Februari lalu dan diumumkan sebagai naib juara pada hari yang sama.

“Tak sangka pula kami muncul naib johan,” katanya.

Pada peringkat akhir, mereka bertemu dengan dua kumpulan dari Universiti Islam Antarabangsa dan dua kumpulan dari Universiti Lim Kok Wing.

“Layak ke peringkat akhir adalah kejayaan besar bagi kami kerana pertandingan ini diadili oleh hakim yang professional iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Varitas Design, Encik David  Mizan Hashim,” katanya. - UPM

Kemaskini:: 15/03/2017 [idah]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506248365