Pasukan Pelajar Tahun Pertama Fakulti Kejuruteraan Putra Tower 1 Raih Tempat Ketiga Tower Crane 2018 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pasukan Pelajar Tahun Pertama Fakulti Kejuruteraan Putra Tower 1 Raih Tempat Ketiga Tower Crane 2018

Pasukan Pelajar Tahun Pertama Fakulti Kejuruteraan Putra Tower 1 Raih Tempat Ketiga Tower Crane 2018

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Kumpulan pelajar tahun satu Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Tower Crane 2018.

Objektif pertandingan itu ialah untuk memberi pendedahan berkaitan kestabilan struktur dan mekanisma menara kren, dimana peserta perlu membina menara kren yang kukuh menggunakan kertas surat khabar.   

Selain pasukan tahun pertama UPM, pasukan tahun kedua pengajian yang sama juga merupakan antara 12 pasukan institusi pengajian tinggi yang menyertai pertandingan yang dibuat di Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur.

Pasukan yang dikenali dengan nama Putra Tower pelajar tahun pertama itu terdiri daripada Nor Azraei Nor Kadim (Ketua Pasukan), Muhammad Akmal Arman Saiful Madzi, Muhammad Syafiq Misnawi, Mohd Fazli Abd Rashid dan Mohamad Razeen Iqbal Roslan.

Info lanjut layari https://web.facebook.com/admin.civil.eng.upm/

Tarikh Input: 12/07/2018 | Kemaskini: 12/07/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1542800019