Pasangan Suami Isteri Bergraduasi Pada Hari Yang Sama | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pasangan suami isteri bergraduasi pada hari yang sama

Pasangan suami isteri bergraduasi pada hari yang sama

Oleh Cheng Kai Wah

 

SERDANG, 30 Okt – Sepasang suami isteri dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohammed Ameen Mohammed Alhakimi, berasal dari Yaman dan  Fatin Syazana Abdul Aziz, dari Bangi, menerima Ijazah Sarjana Sains Komputer sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-42  hari ini.

 

Untuk membolehkan mereka bergraduasi pada majlis konvokesyen yang sama, Mohammed Ameen, 27, menangguhkan pelajarannya sedangkan telah melengkapkan semua tugasan akademik pada tahun lalu.

 

Fatin Syazana, 26, terharu dengan keputusan yang dibuat suaminya itu untuk membolehkan mereka menerima ijazah pada masa yang sama.

 

Katanya, perkahwinan tidak menjejaskan pelajaran, malah mereka mempunyai lebih banyak peluang dan masa untuk berbincang mengenai tugasan akademik dan melengkapkannya bersama-sama. - UPM

Tarikh Input: 13/11/2018 | Kemaskini: 13/11/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563354203