Naib Canselor UPM Mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL Ke-143 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Naib Canselor UPM Mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL Ke-143

Naib Canselor UPM Mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL Ke-143


Oleh: Mohd Nazri Md Yasin


TAIPEI, 18 Mei -
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL  di National Taiwan University, Taipei.

Dalam ucapan sulung beliau, Prof. Datin Paduka Aini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Naib Canselor UPM Prof. Dato’ Mohd Fauzi Ramlan atas sumbangan jasa beliau sebagai Presiden ASAIHL dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan kepada Universiti Putra Malaysia dalam menerajui ASAIHL untuk tempoh sehingga Bulan Disember 2016.

Prof. Datin Aini turut mengucapkan penghargaan kepada Presiden dan kepimpinan National Taiwan University atas hospitaliti dan kejayaan penganjuran persidangan ASAIHL pada kali ini.

Persidangan kali ini amat bermakna dan mencatatkan sejarahnya tersendiri kerana ia juga merupakan sambutan 60 tahun penubuhan ASAIHL.

ASAIHL telah ditubuhkan pada tahun 1956 hasil cetusan idea 8 universiti dari 8 negara Asia iaitu Malaysia, Thailand, Philippines, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka dan Hong Kong, China.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris sebagai Naib Canselor UPM dan seterusnya menerajui kepimpinan ASAIHL.

Mereka menyatakan sokongan kepada Datin Paduka untuk sama-sama membawa ASAIHL ke peringkat yang lebih tinggi.

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL merupakan badan tertinggi dalam pembuatan dasar berkaitan halatuju dan aktiviti yang dilaksanakan oleh ASAIHL bagi kepentingan bersama.

Tuan rumah bagi Mesyuarat dan Persidangan ASAHL kali ini merupakan National Taiwan University.

Naib Presiden bagi Hal Ehwal Antarabangsa (Vice President for International Affairs), Prof. Dr. Luisa Shu-Ying Chang turut hadir selaku tuan rumah mewakili Presiden NTU Prof. Dr. Pan-Chyr Yang  ke Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL.




FAKTA NTU

National Taiwan University (NTU) is Taiwan’s flagship research institution since its foundation in 1928 as Taihoku Imperial University. Committed to excellence for eight decades, the University has played a constructive role in Taiwan’s remarkable transformation into a highly competitive economy and modern society. It offers a stimulating, intellectually rigorous environment in which to develop innovative research with strong impact.

NTU’s leading role in education and research is supported by a global strategy that capitalizes on sustained mobility, an expanded network of 500 partners in 60 countries, and the creation of quality international opportunities.

NTU is:

  • 37th worldwide for academic reputation (QS World University Rankings 2015).
  • in the 61–70 band worldwide for university reputation (Times Higher Education Top Universities by Reputation 2015).
  • 76th worldwide overall (QS World University Rankings 2015).
  • in the top 1% in the world by number of highly cited papers in 19 out of 22 areas of the ESI (Essential Science Indicators) database.
  • 1st in Taiwan by research budget.
  • 1st in Taiwan by number of industrial partnerships and technology transfers.



Caption foto kedua: Prof Datin Paduka Aini Ideris (kanan) bersama Presiden NTU Prof. Dr. Pan-Chyr Yang, Naib Presiden bagi Hal Ehwal Antarabangsa -Prof. Dr. Luisa Shu-Ying Chang, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim dan Naib Presiden Eksekutif Akademik dan Penyelidikan NTU Profesor Dr. Liang-Gee Chen.


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511014163