| Universiti Putra Malaysia

MPP UPM edar Bubur Lambuk juadah berbuka

Oleh: Najihah Harun

 

SERDANG – Sebanyak 500 pakej edaran bubur lambuk diedarkan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini untuk juadah berbuka puasa.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP UPM), Mohamad Ameerul Ishak, berkata program agihan bubur lambuk itu julung kali diadakan bersempena bulan Ramadan.

“Seawal jam 9 pagi, barisan MPP UPM telah mengadakan rewang perdana untuk menyediakan juadah bubur lambuk ini.

“Kami memasak dan mengedarkan sendiri bubur lambuk ini kepada pelajar UPM di beberapa lokasi utama kolej kediaman UPM iaitu Putra Food Court, Cafeteria Kolej Serumpun, stesen bas Kolej 10 dan stesen bas Kolej 17,” katanya.

Beliau berkata, program seperti itu secara langsung merapatkan kerjasama dan ukhuwah antara MPP UPM dengan pelajar serta dapat mengimarahkan aktiviti bulan Ramadan.

Mohamad Ameerul berharap program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang ke arah membantu menjaga kebajikan para pelajar. - UPM

 

WXETIAl~