Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih Bersama Tuanku Canselor | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih Bersama Tuanku Canselor

Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih Bersama Tuanku Canselor

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Noor Azreen Awang

SERDANG, 1 Jun – Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 43 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Baginda yang juga Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan sumbangan Wakaf Fasiliti Masjid UPM oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM, Dr. Razali Othman berjumlah RM1,104,663.40.

Majlis turut menyerahkan sumbangan daripada staf universiti dan umum untuk tabung Wakaf Ilmu UPM.

Sumbangan diterima daripada Pejabat Pendaftar UPM diwakili, Dato’ Wan Azman Wan Omar, RM237,592.82 dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM Zulkiflee Othman, RM451,627.52 dan Pengarah Pusat Islam Universiti, Mat Razi Abdullah, RM407,371.70.

Wakaf Ilmu itu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.

Sementara itu, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2016 berjumlah RM157,600. - UPM

Kemaskini:: 02/06/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511032753