| Universiti Putra Malaysia

Kunjungan PKPS ke UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
May be an image of 3 people, newsroom and text that says
 
SERDANG, 22 Mac – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menerima kunjungan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dato' Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi di sini, hari ini.
 
Pada pertemuan ini kedua-dua pihak saling membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama agar terus menjalin hubungan yang kukuh dan berkesan untuk kemajuan pertanian dan keterjaminan makanan.
 
UPM sentiasa komited untuk mendukung matlamat 4 Pelan Strategik 2021-2025 universiti ini iaitu memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan. -UPM 

WXFTVA~