| Universiti Putra Malaysia

Kolej 17 juara SUKOL UPM 2018

Oleh: Khor Jin Mei                            

SERDANG, 29 Sept – Kolej 17 Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKOL) UPM 2018, dan memenangi pertandingan Badminton Wanita Antara Kolej untuk pertama kali.

Lau Lee Ann dan Yee Xue Rou, kedua-duanya dari Fakulti Perubatan Veterinar bermain cemerlang pada pertandingan itu. Pemain pasukan Kolej 17 menerima hadiah beg sekolah.

Kejohanan itu yang diadakan pada 24 September di Pusat Sukan UPM dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

“Andainya gagal selepas mencuba bersungguh-sungguh, kita tidak harus berasa sedih dan kecewa kerana kita sudah berusaha sebaik mungkin, dan ini boleh membuatkan kita berpuas hati,” katanya.

Sementara itu, Yee Xue Rou berkata beliau gembira dengan kejayaan yang dicapai dan berharap lebih ramai pelajar akan menyertai pertandingan itu pada kejohanan akan datang.

“Selain dapat mengenali antara satu sama lain, SUKOL juga bertujuan untuk memilih pemain-pemain badminton berbakat untuk mewakili universiti. Ia juga adalah peluang untuk mereka yang tinggal di kolej atau kolej residen untuk membantu menaikkan nama kolej dalam setiap pertandingan yang disertai,” katanya.

Setiap pasukan mengandungi sembilan pemain serta dua pemain simpanan. Pertandingan dijalankan dengan tiga pemain perseorangan dan tiga pasangan beregu. - UPM

 

SXEQXAb~