Kaunselor UPM Kongsi Kepakaran Dalam Program Kemasyarakatan Di SKS7 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kaunselor UPM kongsi kepakaran dalam program kemasyarakatan di SKS7

Kaunselor UPM kongsi kepakaran dalam program kemasyarakatan di SKS7


Oleh: Rafidah Sadarudin

BANGI, 8 Nov – Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) menganjurkan program kemasyarakatan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 (SKS7), Bandar Baru Bangi.

Pengisian Program Kaunselor Bersama Komuniti kali ini yang bertemakan “Bersama Mencegah Tingkah laku Delinkuen dan Penyalahgunaan Dadah” bukan sahaja melibatkan penyertaan 3,500 murid sekolah serta melibatkan guru-guru, ibu bapa dan PIBG sekolah.

Pengarah program, Kemelia Omar berkata, tema program bertepatan dengan keperluan situasi semasa terutamanya dari aspek gejala sosial yang menunjukkan peningkatan dan semakin membimbangkan.

“Pihak kami berharap agar penganjuran program sebegini akan dapat memberikan impak positif kepada masyarakat,”  katanya.



Program turut dibantu oleh Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS7 bagi memastikan setiap peserta mendapat manfaat khususnya dalam usaha memberikan pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan tingkah laku delinkuen dan penyalahgunaan dadah bermula daripada peringkat kanak-kanak.


Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik yang telah dilaksanakan di sepanjang program antaranya iaitu Pameran Booth BKUPM, PDRM, AADK dan Kelab Pemadam UPM, Terapi Seni Ekspresif daripada Kaunselor BKUPM dan Forum Kesedaran : Pencegahan Tingkah Laku Delinkuen dan Penyalahgunaan Dadah yang menampilkan dua orang ahli panel daripada PDRM dan AADK Daerah Hulu Langat.

Selain itu, aktiviti mewarna “Kempen Anti Dadah” juga diadakan bagi memeriahkan lagi program yang berlangsung pada hari tersebut. - UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511183964