| Universiti Putra Malaysia

Jonathan, Saritha dinobat Olahragawan, Olahragawati UPM 2016

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

SERDANG – Atlet menembak, Jonathan Wong Guangjie dan atlet memanah,Saritha Cham Nong masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2016.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000, jam tangan, jaket, sijil penghargaan, piala iringan dan piala pusingan.

Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Dato' Dr.Husaini Omar menyampaikan anugerah itu pada majlis Anugertah Sukan UPM kali ke-33 Tahun 2017 di Dewan Bankuet, UPM.

Pada majlis itu Johnathan diwakili bapanya, Wong Chee Yong dan Saritha juga oleh bapanya, Cham Nong.

 Jonathan yang beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 kini sedang menyertai pertandingan Korea Federation Championship & Han Hwa Competition di Korea Selatan manakala Saritha yang memenangi pingat emas memanah pada Sukan Universiti Asean Singapura tahun lalu sedang bertanding di Asia Cup / World Qualifier di Shanghai.

Prof. Dato' Dr. Husaini turut menyampaikan Anugerah Bintang Harapan Lelaki dan Bintang Harapan Wanita kepada atlet hoki dan olahraga, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Zaidatul Husniah Zulkifli

Antara anugerah lain pada majlis itu ialah anugerah kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKOL), Penghargaan Khas, Bintang Harapan Lelaki dan Wanita.

Turut hadir pada majlis anugerah itu ialah Ketua Pusat Sukan UPM, Dr Hanafiah Ayub; Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar; Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Kol. Bersekutu (PA) Hazaly Jali; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sukan KPT, Tony Azman Hassan dan Pengerusi Jemaah Pengetua UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.     

SXEYAA~