ICERP2019 Didik Masyarakat Digital Integrasi Nilai Humanistik | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » ICERP2019 didik masyarakat digital integrasi nilai humanistik

ICERP2019 didik masyarakat digital integrasi nilai humanistik

Oleh Siti Nur Amanina Nazri

Foto Marina Ismail

PUTRAJAYA, 22 Okt – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan The 5th International Conference on Educational Research Practice (ICERP) 2019 bertujuan mendidik masyarakat digital untuk mengintegrasikan nilai humanistik dan saintifik dalam bidang pendidikan.

ICERP 2019 adalah satu platform perkongsian maklumat serta idea berkaitan penyelidikan dan praktis dalam bidang pendidikan, pendidikan kejuruteraan dan pembangunan sumber manusia bagi memperbaiki dan memantapkan amalan dalam pendidikan dan pembangunan sumber manusia.

Ia dirasmikan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zin. Turut hadir Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM merangkap Penasihat ICERP 2019, Prof. Dr. Samsilah Roslan.

Pengerusi ICERP 2019, Dr. Ismi Arif Ismail berkata persidangan itu mengetengahkan konsep talaqqi di antara pendidik dengan pelajar dalam bidang Pendidikan.

Beliau berharap persidangan itu dapat memberi kesan positif kepada pendidikan, industri dan masyarakat.

“Saya berharap hasil daripada persidangan ini, peserta memperoleh idea baharu dan cara untuk mengubah agensi, industri dan komuniti kerajaan masing-masing,” katanya.

Seramai 154 peserta menyertai persidangan itu yang menyaksikan 79 pembentangan kertas dan dua pembentangan poster oleh peserta. – UPM

Tarikh Input: 06/11/2019 | Kemaskini: 07/11/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKUPAR:15:44